Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, October 14, 2015

BANK NEGARA CUAI.. Keras Teguran Peguam Negara!


Kenyataan rasmi yang dibuat oleh Peguam Negara petang tadi berkenaan 1MDB pastinya membuatkan beberapa pihak termasuklah Gabenor Bank Negara Malaysia, kepanasan dan terpukul.

Ini merupakan kenyataan 'paling keras' membabitkan integriti Bank Negara Malaysia dan para pegawainya yang selama ini tidak pernah diusik oleh sesiapa pun.

Peguam Negara yang baru telah melangkah kebiasaan tersebut dengan membuat bidasan keras ke atas BNM yang dilihat keterlaluan dalam isu 1MDB walaupun hakikatnya, kekhilafan tersebut datangnya daripada mereka sendiri.

Dalam kenyataan tersebut, Peguam Negara menyatakan, keputusan untuk tidak mendakwa pegawai-pegawai 1MDB adalah kerana tiada kesalahan yang dilakukan, ekoran Bank Negara sendiri telah dimaklumkan tentang perubahan dan tidak menghalang perubahan tersebut.

1MDB telah mematuhi prosedur dalam mendapatkan tiga kelulusan Bank Negara bagi pelaburan pada 29 September 2009, 6 September 2010 dan 20 Mei 2011.

Bank Negara kemudiannya hanya mengambil tiga hari untuk meluluskan permohonan tersebut.

Apabila 1MDB meminta wang disalurkan ke akaun berlainan berbanding permohonan asal, Deutsche Bank (Malaysia) telah merujuk perkara berkenaan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimanapun, Bank Negara Malaysia memberi maklum balas dengan menasihati Deutsche Bank (Malaysia) bahawa ia adalah keputusan perniagaan dan pihak mereka tidak berniat untuk mendapatkan penjelasan lanjut selaagi ia tidak lari dari tujuan asal permohonan.

Bank Negara sebaga Pengawal Kewangan, tidak menghalang pemindahan terbabit mahupun mengarahkan Deutsche Bank (Malaysia) supaya menasihati 1MDB mendapatkan semula kebenaran. Secara idak langsung, adalah jelas, tiada sebarang permohonan maklumat lanjut daripada Bank Negara Malaysia pada waktu itu.

Menurut Peguam Negara lagi, permintaan Bank Negara Malaysia untuk mendakwa 1MDB kerana gagal memberikan beberapa maklumat tertentu, tidak dapat dipenuhi kerana 1MDB hanya perlu memberikan maklumat-maklumat terbabit SEKIRANYA DIMINTA oleh Bank Negara Malaysia pada ketika itu.

BNM bagaimanapun tidak meminta 1MDB berbuat begitu pada waktu itu.  Apatah lagi borang-borang berkaitan pemindahan dalam kes ini tidak memerlukan pemohonan menyatakan nombor akaun bank dan penerima penyaluran tersebut yang membolehkan BNM mengesahkan ke mana dana tersebut berakhir.

Secara tidak langsung dan secara jelas Bank Negara Malaysia tidak menghalang sebarang perubahan terbabit sungguhpun telah dari awal dimaklumkan oleh Deutsche Bank. Hanya setelah isu 1MDB bertukar menjadi isu panas, barulah keluar beberapa kenyataan 'panas'.

Kenyataan-kenyataan tersebut seolah-olah cuba menutup kelemahan, kealpaan dan kekhilafan pihak Bank Negara Malaysia sendiri yang kemudiannya cuba memindahkan kesalahan tersebut kepada 1MDB menerusi tindakan undang-undang.

Baca apa yang terkandung di dalam kenyataan rasmi Peguam Negara di bawah.  





Juga di SINI

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.