IsmaWeb Deutsche
Arbeiterpartei (DAP) merupakan nama bagi Parti Pekerja Jerman yang
mengawali penubuhan Parti Nazi Hitler. Hitler menjadi anggota kepada
parti ini pada tahun 1919. Parti tersebut diasaskan pada 5 Januari
1919 di sebuah hotel bernama “Fürstenfelder Hof”.
Democratic
Action Party (DAP) Malaysia ditubuhkan pada 11 Oktober 1965 sebagai
satu pecahan daripada People’s Action Party (PAP) Singapura.
Menurut Wikipedia, parti DAP ini mempelopori gagasan sosialisme
demokrasi, demokrasi sosial dan sekularisme. (Nota: perkataan
“sekularisme” telah ditiadakan di dalam laman web rasmi DAP)”.
DAP juga
merupakan ahli kepada Socialist International yang berorientasikan
ideologi Sosialisme.
Parti
Pekerja-Pekerja Malaysia (Malaysian Workers’ Party) merupakan parti
politik berhaluan kiri yang memperjuangkan Sosialisme. Parti ini
diasaskan oleh Ganga Nayar pada bulan Januari 1978. Parti tersebut
telah bertanding di dalam Pilihan Raya Umum tahun 1978 dalam Parlimen
dan DUN Sungai Besi, tetapi calon tunggalnya iaitu Ganga Nayar
sendiri hilang wang deposit di kedua-dua tempat. Parti ini telah
diambilalih oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) sebelum ditukar menjadi
Parti Amanah Negara (PAN).
Perbezaan
antara ketiga-tiga parti politik tersebut adalah PAN kini menonjolkan
apa yang mereka dakwa sebagai “agenda Islam” yang berbeza sama
sekali dengan agenda Islam di dalam perjuangan parti PAS.
Di sinilah
ketaranya agenda DAPisme beraksi.
Antara yang
menjadi fokus agenda DAPisme adalah:
Isu-isu yang
melibatkan agama Islam. Ini termasuklah peruntukan-peruntukan bagi
melindungi dan memelihara Islam di dalam Perlembagaan,
institusi-institusi dan agensi-agensi Islam seperti Majlis Agama
Islam Negeri, Jabatan Mufti, Masjid, Mahkamah Syariah dan
pertubuhan-pertubuhan atau NGO-NGO Islam (termasuk parti politik
Islam juga).
Mereka akan
mencari (atau mencipta) apa sahaja alasan atau topik untuk
disensasikan agar perhatian tertumpu kepada pihak-pihak di atas tapi
dari sudut pandang yang negatif. Dalam percubaan untuk menguasai
Perang Persepsi (War Of Perception) ini, ribuan bala tentera maya
(cybertroopers – baik Kacang Merah atau Oren), portal dan aplikasi
media – Twitter, Facebook, Whatsapp, Telegram, Firechat dan
seumpamanya, akhbar bercetak, forum, seminar, simposium, ceramah,
kenyataan, ucapam, komen dan kritikan … semuanya dimobilisasikan.
Tujuannya
hanya satu – supaya kesemua institusi di atas dapat dimomokkan,
ditohmah atau difitnah tanpa tanggungjawab dan dengan begitu angkuh
sekali.
DAPisme juga
mendapat dukungan yang kuat daripada penggerak-penggerak ideologi
Liberal yang membawa bersama mereka pseudo-ideologi seperti Kebebasan
Bersuara, Amalan Demokrasi, Hak Asasi Manusia, Gerakan Pembebasan
Wanita, Sivil Society dan seumpamanya.
Sangat jarang
sekali agenda kumpulan-kumpulan ini saling bertentangan antara satu
sama lain. Agenda yang sama tetapi diperjuangkan melalui
strategi-strategi yang berlainan. “Perjuangan” LGBT adalah satu
contoh klasik.
Di samping
itu, DAPisme mendapat tapak baru untuk berkembang, iaitu melalui
penubuhan parti politik baru yang terpaksa menggunakan nama “Islam”
sebagai satu celupan yang diharap dapat diterima oleh masyarakat
Islam dan para pengundi. Ini adalah tapak yang sangat subur
sebenarnya.
Ini kerana
parti politik baru ini senang dipengaruhi dan dibentuk acuannya.
Sebab itu penubuhan parti baru ini mendapat sambutan dan restu segera
daripada parti DAP (dengan melihat kepada beberapa kenyataan pimpinan
parti sosialis sekular tersebut). Gagasan mengenai Islam versi “baru”
(distinctive) daripada agenda perjuangan parti PAS misalnya membuka
ruang kepada versi Islam yang serba sejahtera, harmonis, penyayang,
rahmah, akomodatif, inklusif dan tidak bersifat konfrontasi.
DAP sangat
beruntung kerana ada pihak lain yang akan segera tampil untuk
mempertahankannya daripada serangan umat Islam sendiri. Dari sudut
yang lain, dua kumpulan umat Islam akan dibiarkan bertempur sesama
sendiri khususnya dalam medan hujah-hujah ugama manakala DAP akan
balik ke rumah sambil memegang piala kemenangan!
Seolah-olah
mempertahankan DAP dan agendanya sudah menjadi satu kewajipan Syara’
pula.
Ini semua
adalah ramuan dalam satu resipi Islam yang tidak akan melawan agenda
DAP. Ia merupakan “window of opportunity” kepada parti DAP untuk
mendapat satu rakan sekutu baru yang lemah dan tidak dominan untuk
menjadi perisai di hadapan fokus serangan terhadap DAP.
Untuk tujuan
tersebut, parti rasis DAP ini terpaksa membuka peluang kepada
kemasukan tokoh-tokoh atau individu-individu Melayu ke dalam parti
tetapi TIDAK akan diberi jawatan-jawatan utama atau eksekutif kepada
mereka. Warna dan celupan parti rasis ini tidak akan berubah
sedikitpun dengan kemasukan ahli-ahli daripada etnik lain, malah
mereka diharapkan dapat membantu DAP memenangi lebih banyak kerusi
dalam kawasan-kawasan kritikal parti PAS (atau undi Melayu) semasa
pilihan raya umum nanti.
Umat Islam
merasa pelik dan terkejut apabila ada parti politik baru yang ingin
meletakkan Islam sebagai asas perjuangannya begitu mudah sekali
membiarkan dirinya terjerat dalam perangkap samar perancangan DAPisme
ini. Akan tetapi tidak menghairankan juga apabila parti ini tidak
sensitif terhadap apa yang menjadi kerisauan dan kebimbangan umat
Islam apabila, di atas nama eksklusiviti dan Rahmatan Lil Alamin,
gejala dan pengaruh Syi’ah dan Liberal contohnya dibiarkan bertapak
di dalamnya.
Sekiranya
parti tersebut merasakan bahawa ia kononnya dapat membendung pengaruh
daripada ideologi-ideologi asing ini daripada merebak ke dalam parti
dan merosakkan dasar Islam yang ingin dibawanya, maka mereka telah
silap besar. Lebih memeranjatkan lagi, apabila terdapat sebilangan
ahli dan penyokong mereka dengan yakin sekali cuba mempertahankan
ideologi-ideologi asing ini dengan membawa nas dan dalil secara
selektif pula.
Tindakan dan
pendirian seperti ini hanya mengelirukan masyarakat Islam sahaja dan
berkemungkinan besar akan bertukar menjadi senjata makan tuan dalam
jangka masa panjang.
Justeru,
pujian harus diberikan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Pahang di
atas ketegasan mempertahankan teks khutbah Aidil Adha baru-baru ini.
Ini merupakan satu langkah berani yang patut dicontohi oleh semua
negeri, termasuk di negeri-negeri yang dikuasai oleh DAP secara
khususnya. Ini kerana institusi masjid adalah forum yang tepat untuk
menyedarkan masyarakat Islam mengenai isu-isu semasa yang melibatkan
kepentingan Islam dan masa depan umatnya, termasuk mendedahkan segala
agenda dan perancangan musuh Islam.
Sebaliknya,
para pemimpin parti baru tersebut diingatkan supaya jangan menjadikan
agenda umat Islam sebagai satu komoditi yang boleh diurusniagakan di
dalam pasaran politik yang tidak menentu. Hak anda semua untuk
berparti dan berpolitik sudah tentu dijamin oleh Perlembagaan. Tidak
ada isu dalam sudut ini. Bagaimanapun, ia bukanlah satu tiket untuk
anda semua berwewenang dalam mentafsirkan Islam dari konteks dan kaca
mata perjuangan politik caca marba anda.
Inilah yang
dikehendaki daripada agenda DAPisme yang dikhuatiri telah menyelinap
masuk ke dalam parti anda.
Sebagaimana
umat Islam telah mula sedar untuk menolak parti DAP yang rasis dan
sekular itu, maka umat Islam juga akan menolak mana-mana pihak yang
bersekutu atau bersekongkol dengan parti yang membawa agenda musuh
Islam.
Tidakkah anda
mahu sedar dan insaf?
Muhammad
Luttfi Abdul Khalid
1 comment :
Pemimpin Cina DAP tidak menyangka bahawa ada orang Islam yang tahu bahawa musuh sebenar mereka adalah ajaran islam sebenarnya. Mereka tidak perlu untuk bermusuh dengan orang-orang melayu sebab mereka tahu bahawa mereka sudah pun memiliki species yang telah pun "BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU" didalam parti PKR dan PAN Mat Sabu. Mereka inilah orang-orang harapan DAP untuk melaksanakan agenda DAP secara tersembunyi.
Post a Comment