Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, October 27, 2015

[ VIDEO INSIDE ] 14 GAMBAR PENEMUAN BANDAR FIRAUN YANG DITENGGELAMI AIR SELEPAS 1500 TAHUN



Apa yang tertulis di dalam Al-Quran adalah benar sepertimana firman Allah SWT, Fir’aun dan pengikut-pengikutnya ditenggelamkan kerana mendustakan ayat-ayat Tuhannya.

Kini kebenaran ayat suci Al-Quran tersebut dibuktikan apabila sebuah bandar di dalam air ditemui selepas 1500 tahun.


Bandar purba itu ditemui apabila sekumpulan arkeologi yang diketuai oleh seorang ahli arkeologi marin Perancis Franck Goddio terjumpa beberapa peninggalan barangan purba. Penemuan itu membawa mereka kepada salah satu penemuan terbesar dalam abad ke-21.

Penemuan itu berlaku apabila Goddio berusaha mencari kapal perang Napoleon Battle of the Nile dari 1798 tatkala dia telah dikalahkan oleh Nelson pada ketika itu, dan ianya telah membawa kepada penemuan ini.

Pasukan Goddio telah disertai oleh Pusat Oxford bagi Maritim Arkeologi dan Jabatan Antikuiti Mesir telah menghasilkan pelbagai penemuan ini.

Diantara penemuannya adalah seperti patung dewa Hapi, patung granit merah ratu Ptolemy,dulang emas, patung gangsa daripada dinasti ke-26 Firaun, Satu Lampu Purba dan berbagai penemuan lagi.

Penyelidik juga telah mendedahkan pelbagai artifak keagamaan di bandar tenggelam itu, termasuk ukiran batu 16 kaki dianggap telah menghiasi kuil pusat bandar dan sarcophagi batu kapur yang dipercayai mengandungi haiwan mumia.

Jom lihat gambar-gambar menarik penemuan di bawah:
















No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.