Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, October 20, 2015

POSTING TERBARU ZAM : BATU API ATAU DAN U TURN?

Zam baru terima kunjungan Dato Zahid... langsung ditulis dalam blognya sesuatu yg berlainan.

Petikan daripada blog ZamKata, tulisan terbaru beliau bertajuk KESILAPAN BESAR NAJIB TIDAK PECAT TIMBALAN PRESIDEN UMNO. 

"Harus diingatkan  Tun Mahathir  mengambil risiko yang sangat tinggi dalam mengambil  tindakan terhadap Anwar Ibrahim yang ketika itu sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO mempunyai sokongan yang kuat dari hampir semua anggota Majlis Kerja Tertinggi ( Kecuali seorang dua) dan sokongan dalaman parti  dan sebahagian besar rakyat di luar parti, dan berbagai-berbagai pertubuhan,siswa-siswa dan juga parti-parti pembangkang. 

Tun Mahathir bertindak keras dan nekad sebagai seorang doktor dan sebagai seorang political animal, do or die. Beliau tidak sahaja melakukan pembedahan tetapi membunuh musuhnya  di hadapan hulubalang-hulubalang hamba setia Anwar Ibrahim. 

Jika tidak kerana Ibrahim Ali berada di mesyuarat MKT pada malam itu, Tun Mahahtir tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Bila Anwar melawan, Ibrahim Ali menumbuk meja dan "menterbalikan meja"  yang menyebabkan semua oportunis  serta merta berpaling tadah menyokong Mahathir. 

Ibrahim Ali dengan berani dan lantang menunjukan  Anwar Ibrahim  sebagai penderhaka yang tidak mengenang jasa dan tidak berterima kasih kepada Tun Mahathir.

Ibrahim Ali buktikan beliau  adalah seorang yang berdarah daging UMNO dan  penyelamat parti dalam keadaan runcing. 

Beliau bukan sebarang anak Kelantan. Perwatakannya hampir sama dengan Abdullah Ahmad (Dolah Kok lanas) yang setia pada Tun Razak.

Mahathir sendiri tidak menyangka yang Ibrahim Ali akan muncul sebagai penyelamatnya ketika beliau berada dalam keadaan yang amat tercabar. Tidak ada pakatan antara mereka sebelumnya." 

Artikel penuh di http://zamkata.blogspot.my/2015/10/kesilapan-besar-najib-tidak-pecat.html?m=1 

--------------

Batu api ke?

ATAU dah konar untuk bantu Zahid?

Seterusnya

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.