Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, October 17, 2015

Johor Berhak Tarik Diri Daripada Perjanjian Persekutuan Malaysia-TMJ

Johor berhak tarik diri daripada perjanjian Persekutuan Malaysia-TMJ

PETALING JAYA : Johor boleh berpisah daripada Persekutuan Malaysia sekiranya syarat yang dipersetujui di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dilanggari.

Pandangan itu dibuat Tunku Mahkota Johor (TMJ), Brigadier Jeneral Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, yang menegaskan perjanjian itu dibuat dengan persetujuan bersama kedua-dua belah pihak.

“Kita menyertai Persekutuan Tanah Melayu pun dengan kedua belah pihak bersetuju dengan syarat-syarat tertentu, dan sekiranya terdapat syarat-syarat tersebut dilanggar, kita berhak menarik diri.

“Anda boleh menuduh saya memainkan sentimen kenegerian, tetapi pada saya, saya sekadar menjalankan tugas saya kepada rakyat Johor, dan mengingatkan mereka berkenaan sejarah dan warisan bumi bertuah ini,” titah baginda dalam satu temubual ekslusif bersama dengan sebuah portal bolasepak FourthOfficial.

Sebelum ini, adinda TMJ, Tunku Idris Sultan Ibrahim turut memuat naik menerusi laman instagramnya berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Catatan itu turut menyebut Johor setuju menandatangani perjanjian 1948 itu dengan mengenakan beberapa syarat.

“Sekiranya mana-mana daripada syarat-syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia,” tulisnya.

FMT

8 comments :

JDT juara setiap tahun said...

Elok la tu boleh lah JDT jadi juara setiap tahun. Juara daerah daerah Johor Liga Super hehe..
Jangan lupa bayar tol bila nak masuk Pahang dan Melaka..muahaha

Anonymous said...

Ain't nobody care

Anonymous said...

Apa masalah dia ni??

Kita dah hidup aman damai.....tiba tiba nak keluar statement macam ni...



Anonymous said...

bubarkan malaysia sy anak sarawak sokong

Anonymous said...

anak sarawak jangan nak sombong sangat. orang johor pulak baru ada JDT dah macam konfiden boleh hidup sendiri. kalau nak tahu lagak orang johor tengok depa bawak kereta macam nak langgar orang.

Anonymous said...

tmj ingat dgn kuasa wang utk menaikkan jdt, semua dia boleh dapat. tmj sudah sampai kpd peringkat angkuh dan boleh berkata apa sahaja yg terlintas dlm hati. ego dan sombong.raja2 terdahulu sudah muncul dijiwa tmj. tmj lupa kisah nendanya yg menjadi agong suatu ketika dahulu menyebabkan kuasa raja2 dihakis oleh pm ketika itu. tmj rasa bumi johor besar sangatkah? utk tmj, jika dlm ligapun jdt pernah kalah, ini bermakna kuasa duit bukanlah segala-galanya...

Anonymous said...

Statement tmj memang terlalu bongkak dan sombong seolah olah duit dan kuasa boleh membeli segala galanya...ingatlah kepada Tuhan pencipta alam tentang kehidupan yg sementara ini.

gabenor johor said...

dia kahwin pun bkn wanita dari negeri johor..bg dia wanita johor x sesuai utk dia..hahahah

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.