Wanita
yang mengaku dirinya Neelofa baru-baru ini telah bertindak ganas
memukul dan membogelkan seorang ibu muda bernama Nila. Kisah
keganasan beliau tidak berhenti setakat itu sahaja. Rupa-rupanya
wanita terbabit telah juga melakukan keganasan yang sama terhadap
seorang lagi gadis yang berumur 17 tahun sehingga menyebabkan gadis
tersebut patah kaki.
Rakaman
video yang viral beberapa hari yang lepas menyebabkan beliau berjaya
dikenalpasti oleh mangsa yg dipukul sehingga patah kaki tersebut.
Oleh itu, suspek utama kejadian direman lagi selama empat hari
berikutan satu kes menceroboh premis untuk mengakibatkan
kecederaan yang terjadi pada November tahun lalu.
Perintah
reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Amni Mat Jahari di
Mahkamah Majistret hari ini dan akan berakhir pada Khamis ini.
Wanita
terbabit yang berusia 27 tahun itu sebelum ini ditahan reman selama
enam hari berikutan video pergaduhan yang viral dan disiasat di
bawah Seksyen 324 Kanun keseksaan.
Memetik
laporan dari myMetro, suspek tersebut ditahan reman empat hari
berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh ibu seorang remaja
perempuan yang berusia 17 tahun yang mendakwa suspek adalah seorang
dari tujuh individu yang memukul anaknya hingga menyebabkan anaknya
cedera di bahagian muka dan patah kaki kiri.
Ketua
Polis Daerah Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan perkara
tersebut.
“Kita perlu menahan remannya lagi untuk siasatan terhadap kes pada 2014 membabitkan mangsa remaja perempuan.
“Mangsa baru-baru ini menghubungi polis selepas mengecam suspek menerusi rakaman video yang tersebar dalam Facebook,” katanya.
Memang
agak menghairankan apabila seorang wanita yang masih muda bertindak
memukul orang sesuka hati. Adakah selama ini beliau rasa cukup kebal
sehingga dengan beraninya mencabar undang-undang negara kita? Demi
memastikan perkara ini tidak berulang lagi maka beliau perlu diberi
hukuman yang maksima sebagai pengajaran kepada diri beliau sendiri.
cr : Pru14tv
1 comment :
Hasil didikan tok guru u turn...PAS ....
Post a Comment