Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, October 22, 2015

Drama : Akhirnya Kit Siang Digantung Enam Bulan!!!

Dengan undi 107 berbanding 77 yang menyokong Kit Siang dan 1 Berkecuali, akhirnya FOSSIL JURASSIC TERTUA dalam Parlimen Malaysia, Lim Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah digantung selama 6 bulan setelah individu yang mempunyai kaitan dengan Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 itu, enggan memohon maaf setelah melabelkan Yang Dipertuan Dewan Rakyat sebagai Diktator menarik balik penghinaannya dan meminta maaf.

Drama demi drama telah dibikin oleh puak DAP terutama sekali Lim Kit Siang bagi menghangatkan tekanan kepada Perdana Menteri untuk meletak jawatan.

Anthony Loke dari Seremban mempersoalkan kedudukan Perdana Menteri dan mengapa jawapan diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan. Dengan wajah garang dan bengis, selain bersikap biadap seolah-olah Dewan Rakyat sudah menjadi tempat persidangan gerombolan komunis yang hanya mampu menguasai Tanah Melayu selama dua minggu selepas Tentera Jepun keluar dan sebelum kedatangan Tentera British, Anthony Loke mempersoalkan proses perbahasan di Dewan Rakyat.

Dia barangkali terlupa bahawa di luar Dewan Rakyat, wakil-wakil rakyat DAP, lebih banyak berceramah sedangkan kerja-kerja mereka hanya diwakilkan kepada macai-macai mereka yang tidak boleh berbuat apa-apa. Yang wakil-wakil rakyat DAP sibukkan ialah melalakkan masalah yang sebenarnya bukan masalah di kawasan mereka.

Namun yang menarik dalam drama ini ialah, beberapa portal berita pro-DAP akan menggunakan tajuk atau menggambarkan seolah-olah "1MDB - Kit Siang Digantung 6 bulan." Perkara sebenar yang mengundang natijah penggantungan ke atas FOSSIL JURASSIC TERTUA atau APEK PUAKA itu, langsung tidak akan disebut.

Ketiadaan Ahli-Ahli Parlimen PAS untuk membela atau mempertahankan Lim Kit Siang juga pasti menyentapkan DAP yang sebelum ini yakin, walau apa pun yang mereka lakukan terhadap PAS, akan diterima baik.

Apatah lagi, Azmin Ali yang telah membuat pengumuman tanpa berunding dengan PAS, kononnya PAS akan menyokong Undi Tidak Percaya yang akan dibuat oleh Wan Azizah, sudah pun menggambarkan bagaimana dalam keadaan sekarang, DAP beranggapan mereka sangat kuat dan PAS tidak ada pilihan melainkan bersama-sama mereka. Cuma tukang diarahkan bercakap adalah Azmin Ali, bukannya Lim Guan Eng bagi mengelakkan DAP dipersalahkan kalau PAS mengamuk.

Berapa orang lagi dalam persidangan kali ini terutama menjelang pembentangan bajet, yang akan digantung oleh Parlimen kerana sikap biadap mereka sekaligus menggagalkan cita-cita pihak tertentu yang mahu melihat Najib digulingkan di Parlimen?

The Saviour

1 comment :

Hidup Melayu Islam said...

Bagus digantung di Kit Sial ni.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.