Risalah itu
turut mempamerkan foto Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail memegang bendera Parti Amanah Negara dan sedang berbisik
sesuatu kepada Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Setiausaha
Fastaqim, Nasrudin Hassan dilaporkan Ismaweb berkata
pihak yang membenci PAS dan menyimpan dendam seolah-olah kehabisan
idea apabila mengedarkan risalah berbaur fitnah terhadap parti itu.
“PAS
anjur program, mereka pula yang kepanasan. PAS gerakkan aktiviti,
mereka pula yang tidak senang duduk.
“Kita
percaya mereka akhirnya ambil langkah mudah dan dangkal ialah dengan
lakukan fitnah dan cetuskan provokasi.
“Kelihatan
banyak risalah fitnah kononnya itu adalah Risalah Penerangan PAS dan
kain rentang provokasi yang kononnya dipasang oleh Geng Ustaz,”
katanya.
Sementara
itu, The
Rakyat Post melaporkan
terdapat satu banner bertajuk “Oren Ganti Hijau” dipasang
berdekatan dengan stadium itu.
Walau
bagaimanapun, Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir menafikan
pihaknya memasang banner tersebut.
No comments :
Post a Comment