Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, October 4, 2015

JEREBU | Semua sekolah di Semenanjung kecuali Kelantan, ditutup 2 hari 5 & 6 OKT - Menteri


Pengumuman Semua sekolah di Semenanjung diarah tutup selama dua hari bermula esok kecuali sekolah Kelantan akibat keadaan jerebu yang semakin meruncing.

Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak dan Sabah bagaimanapun dibuka seperti biasa.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi akaun Facebooknya, sebentar tadi.

Sekolah yang terbabit tidak perlu menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini.

Peperiksaan PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual pada bulan ini dan November nanti.

Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu.

"Calon peperiksaan akan dibekalkan dengan topeng sepanjang menjalani peperiksaan sekiranya jerebu berterusan.

"Kita hanya akan menangguhkan semua pemeriksaan itu itu sekiranya negara diisytiharkan darurat jerebu," katanya.

Sementara itu, Mahdzir berkata, bagi tiga negeri iaitu Kelantan, Sabah dan Sarawak, kementerian akan terus memantau Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan keputusan yang sama akan dibuat sekiranya terdapat peningkatan IPU mendadak. 

Pembetulan; Sesi persekolahan petang bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor pada hari ini, 4 Oktober 2015 ( Ahad ) berjalan seperti biasa. Mohon maaf diatas kekeliruan sebelum ini.
https://www.facebook.com/Dato-Seri-Mahawangsa-Mahdzir-Khalid-377863958981851/timeline/

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.