Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, February 2, 2015

DASAR LIM GUAN ENG CINA-DAP TONYOK!!!! ORANG LAIN TAK BOLEH, DIA BOLEH DAN DIA DIHALALKAN!!!

 

15 Disember 2013, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar tindakan DBKL mahu menaikkan kadar taksiran. "Tidak akan ada peningkatan kadar taksiran di Pulau Pinang pada tahun hadapan." (RUJUK SINI)

Alasan yang diberikan oleh DBKL untuk kenaikan kadar taksiran adalah, "kali terakhir kadar taksiran dinaikkan ialah pada 21 tahun lalu."

Tetapi kurang setahun kemudian...

Pada 24 November 2014, Kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan kelulusan untuk 'peningkatan kecil' kadar taksiran tahun bagi tahun 2015 yang akan menyaksikan perolehan dua PBT Pulau Pinang meningkat kepada RM40 juta pada tahun 2015. Kadar baru taksiran semula Pulau Pinang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2015. (RUJUK SINI)

Alasan yang diberikan oleh Lim Guan Eng alah, 'kali terakhir kenaikan kadar taksiran adalah 10 tahun lalu dan ia sepatutnya dikaji semula setiap lima tahun."

Sungguh menarik dan sungguh mengasyikkan!!!

Tidak sampai pun setahun selepas bercakap besar, Lim Guan Eng sebenarnya yang menaikkan kadar taksiran. DBKL yang mahu menaikkan kadar taksiran selepas 21 tahun, dikatakan salah dan menzalimi rakyat, dikutuk dan dihina oleh DAP seolah-olah perbuatan tersebut akan menjahanamkan penduduk Kuala Lumpur tetapi tidak sampai setahun pun, DAP melakukan perbuatan yang sama dan memberikan alasan itu adalah kenaikan pertama dalam tempoh 10 tahun selain kenaikan tersebut adalah sesuatu yang baik untuk negeri.

Macam tu pun boleh ke?

Mula dengan tarif air dan sekarang u-turn untuk kadar taksiran.


Mungkin sebab Lim Guan Eng dan keluarganya telah berjoli besar menggunakan wang cukai rakyat Pulau Pinang selain berbelanja 4 kali ganda dalam tempoh 6 tahun, memaksa Guan Eng melakukan transformasi dengan menjadi BIAWAK LIDAH BERCABANG!!! Cr

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.