YANGON
- Polis Myanmar menyatakan etnik Rohingya tidak lagi dianggap sebagai satu
etnik tetapi sebagai sebuah kumpulan pengganas dalam satu majlis yang diadakan
di negara ini.
Portal berita Burma Times melaporkan, pasukan keselamatan
tersebut membuat pengumuman tersebut kepada kira-kira 200 orang di Buthidaung
Town Bazar, Arakan.
Pertemuan itu berlangsung antara pukul 11 pagi hingga 1.30
petang waktu tempatan (9.30 pagi hingga 12 tengah hari waktu Malaysia).
“Rohingya bukanlah nama sebuah kumpulan orang tetapi adalah sebuah kumpulan
pengganas,” kata seorang pegawai kanan polis yang merujuk kepada Pertubuhan
Persaudaraan Rohingya yang diharamkan.
Beliau
berkata, mana-mana individu yang bertegas untuk dikenal pasti sebagai Rohingya
akan dilabelkan sebagai pengganas dan tindakan undang-undang akan diambil ke
atas mereka.
Tahun lalu, kebanyakan penduduk Rohingya ditahan dan beberapa lagi
dikenakan hukuman penjara ketika mereka bertegas dikenali sebagai etnik
Rohingya berbanding Bengali.
Seorang lagi anggota polis berkata, mana-mana individu
yang mahu tinggal di negara itu perlu mematuhi undang-undang negara tersebut.
“Sesiapa yang ingin tinggal di Myanmar perlu mematuhi undang-undang negara
ini,” katanya. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak beberapa minggu
lalu, menggesa kerajaan Myanmar memastikan hak sama rata kepada etnik berkenaan
dan pengiktirafan terma Rohingya. Cr
1 comment :
yg dtang malaysia pun ramai yg kurang ajar dan biadap.mcm takde agama. sbb tu dibuang negara sendiri. malaysia pun dah nak hantar pulang kesemua pelarian ni ke negara2 lain sbb banyak masalah
Post a Comment