Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, February 2, 2015

Tekanan Ekonomi Negara Bukan Salah Kerajaan, Tapi Faktor Luaran – Tengku Razaleigh



Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mahu rakyat tidak boros berbelanja tetapi mesti bijak menabung wang bagi menghadapi sebarang kemungkinan kemerosotan ekonomi negara.

Tengku Razaleigh yang juga anggota Palimen Gua Musang, bagaimanapun menafikan bahawa masalah tekanan ekonomi sekarang berpunca daripada kelemahan kerajaan, tetapi sebaliknya faktor luaran kerana ia turut membabitkan semua negara luar.

Beliau berkata rakyat perlu faham apa yang berlaku serta tidak mudah melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan, sambil menjelaskan tekanan ekonomi itu tidak banyak menjejaskan pasaran komuniti seperti sawit dan getah.

“Harga sawit masih berada pada tahap yang stabil kerana pasaran utama sawit negara kita adalah ke China dan India,” katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Sumbangan Tunai dan Barangan Elektrik kepada mangsa banjir warga Felda di Sekolah Kebangsaan (SK) Chiku 7, di sini pada Ahad.

Hadir sama Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Pengurus Besar Felda Wilayah Gua Musang, Che Noh Che Pa dan Pengerusi Majlis Belia Felda (MBF) Kelantan Mohd Norfazly Mohd Daud.

Tengku Razaleigh berkata industri sawit di negara ini hanya mempunyai persaingan utama dengan pengeluaran sawit di Indonesia, namun ia tidak menghalang pasaran ke negara luar.

Katanya negara luar mengimport minyak kerana mudah dan boleh digunakan untuk semua keperluan.

“(Bagaimanapun) minyak mentah kita dijual pada harga mahal, sebaliknya kita pula mengimport minyak dari negara luar pada harga murah bagi memperoleh keuntungan.

“Kita faham mengenai teguran rakyat berhubung perkara itu kerana mereka mungkin tidak tahu perkara sebenar yang dilakukan kerajaan,” katanya.


BERNAMA

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.