Astaghfirullah
al azim...... istighfar panjang apabila membaca pengakuan dan pendedahan yang
dikongsikan oleh gadis remaja ini. Segalanya akibat keterlanjuran diri bersama
teman lelaki serta desakan hidup selepas dihalau keluarga dari rumah, seorang
gadis sanggup menjual diri untuk menyara kehidupannya.
Dikenali
dengan panggilan Sa, gadis berusia 21 tahun dari Bachok ini berkata, bagi
meneruskan kelangsungan hidup, dia terpaksa melakukan kerja itu setelah dijual
kepada ‘bapa ayam’ oleh rakan lelaki yang dikenalinya tidak sampai setahun.
Menceritakan
detik dia terjerumus dalam kancah terbabit, menurut Sa, dia ingin mendapatkan
pekerjaan setelah tidak lagi tinggal bersama kedua ibu bapanya di Bachok
selepas dihalau keluar akibat perbalahan adik beradik.
“Kehidupan
kami umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Saya adalah anak
kelapan daripada sembilan beradik. Kehidupan yang daif memaksa kami untuk
mencari pekerjaan sendiri demi mendapatkan sesuap nasi.
“Saya
juga terpaksa berhenti sekolah sejak darjah enam lagi dan turut mencari
pekerjaan sendiri termasuk bekerja di kedai makan di merata tempat untuk
menyara keluarga,” katanya.
Sa
ditemui pemberita pada majlis sambutan hari raya bersama penghuni penjara di
Blok Wanita Penjara Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.
Hadir
dalam majlis terbabit, Pengarahnya, Zawari Abd Rashid serta Timbalan Penguasa
Penjara, Rosliza Ishak.
Selepas
rakan lelakinya yang baru dikenali terdapat pekerjaan di Kota Bharu, dia teruja
namun tidak mengetahui akan bergelumang dalam kancah pelacuran.
Namun
segala-galanya terlambat apabila dia telah diserahkan kepada bapa ayam dan
bermulalah kehidupannya sebagai ‘kupu-kupu malam’ yang terus membawa dirinya
semakin hanyut dengan wang yang mudah diperolehi dari lelaki-lelaki yang
melanggannya.
“Memang
nampak mudah, apabila saya hanya perlu melayan lelaki yang datang mendapatkan
khidmat saya dan selesai tugas, saya dibayar mengikut harga yang ditetapkan.
“Lebih
100 lelaki telah melanggan saya dan setiap malam saya memperoleh RM400 hingga
RM500 setiap kali dilanggan dan akan bertambah apabila musim perayaan.
“Saya
tidak mampu lari lagi dan terus melakukan kerja terbabit, sehinggalah saya
ditangkap khalwat bersama teman lelaki berusia 20 tahun dalam sebuah rumah
empat bulan lalu dan atas kesalahan itu saya dipenjarakan,” katanya.
Sa
berkata, selepas ditahan dan pemeriksaan kesihatan dilakukan, dia terkejut
apabila turut disahkan positif HIV akibat cara hidup lampau yang bergelumang
dalam dunia pelacuran.
“Sesungguhnya,
saya insaf dan bertaubat kepada ALLAH SWT, semoga segala perlakuan saya selama
ini diampunkan dan saya nekad untuk berubah demi untuk meneruskan kehidupan
walaupun dalam jangka masa yang tidak lama.
“Sedih
memang sedih. Kadangkala jika tidak mempunyai pedoman mungkin saya akan bunuh
diri, namun saya harap selepas dibebaskan Disember ini, saya berjanji dengan
teman lelaki untuk berkahwin walaupun berat hati saya untuk menyatakan kepada
bakal suami bahawa saya disahkan menghidap HIV,” katanya. -kamithemedia
Allah
berfirman:
“Allah
tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari
kejahatan) yang dikerjakannya.” [2:286]
Memang
hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh
saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap
cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.
Sebenarnya
kita tidak tahu bahawa allah amat sayang kepada kita, sebab itu allah datangkan
kepada kita dengan pelbagai ujian dan musibah, kerana allah tahu kita adalah
hamba yang mampu mnghadapi ujianya,jika sebaliknya allah tidak akan menguji
kita jika kita hamba yang tidak mampu.
Bila
kita ditimpa musibah, carilah ALLAH. mengadu dan menangislah, kerana ia akan
memberikan kelegaan pada jiwa.
ALLAH
berfirman,
Maksudnya:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka
berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami
kembali.” (Al Baqarah 02:156)
Oleh
kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk terus beristiqamah dalam
mempertahankan keislaman kita. Jangan mudah tertipu oleh pujuk rayu syaitan
bertopengkan manusia. Jangan sesekali mati kecuali tetap memegang teguh dengan
agama Islam. Cr
No comments :
Post a Comment