1.Kerana
kuasa politik orang Cinalah Singapura terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Othman
Wok lah yang paling banyak membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura yang
kemudiannya dijadikan menteri dalam kerajaan Lee Kuan Yew sebagai ganjaran.
UMNO tewas ke semua kerusi di Singapura. Peranannya Othman Wok mirip Anwar
mahupun parti Melayu Zuhud(PAS) terus memperdayakan Melayu agar memberi undi
kepada sekutu kuasa politik orang Cina.
2.Singapura
wujud sehingga kini sebagai pengajaran kepada orang Melayu agar ia tidak
berulang lagi. Namun sayang hanya sebilangan saja yang mahu mengambil pelajaran..Ini
bukan soal rasuah dan kronisme. .. Ini soal mempertahankan legasi nenek moyang
kita.
3.Pada
awal 70 an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam
Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat terhad. Othman Wok yang juga
Menteri mewakili orang Melayu membuktikan ketaatannya dengan menyokong
pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh
masyarakat Islam.
4.Sikap
yang ditunjukkan Othman Wok saling tak tumpah dengan sebilangan pemimpin Melayu
di dalam Pakatan Rakyat yang sentiasa akur dengan DAP sebagai kata pemutus
muktamad. ADAKAH KITA MASIH LAGI BOLEH DIPERBODOHKAN DAN MENERIMA MELAYU
SEPERTI OTHMAN WOK SEBAGAI PEMIMPIN KITA? "
SIAPA
OTHMAN WOK?
5.Othman
Wok dilahirkan pada 8 Oktober 1924 di Singapura adalah bekas Menteri Sosial dan
ahli parlimen PAP yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan
1977. Di awal kerjayanya dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu yang
kemudiannya menjadi timbalan editor akhbar berbahasa melayu, Utusan Melayu
Singapura.
6.Beliau
menyertai PAP selepas beberapa hari sahaja penubuhannya pada tahun 1954. Ketika
itu beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada
raja-raja melayu (seperti apa yang PKR perjuangkan sekarang ini. Ketika itu
beliau banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan negara
multi-perkauman dan hak samarata serta dasar anit raja-raja melayu di dalam
akhbar "Petir" sebuah suratkhabar berbahasa melayu keluaran Parti PAP
(sama seperti Harakah). Selepas itu beliau dipilih sebagai salah seorang ahli
dewan editorial buletin Petir dan dalam masa yang sama juga seorang lagi
pemimpin tertinggi PAP iaitu Ahmad Ibrahim menjemput dia untuk menjadi ketua
cawangan PAP Geylang Serai / Tampines pada tahun 1959.
7.Othman
Wok adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia lah orangnya yang kerap
kali menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan orang Melayu. Setiap kali dia
berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistimewaan orang
melayu dan raja-raja melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku. Kononnya Tunku
ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura.
8.Beliau
juga mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada Julai 1964 telah dirancang oleh
UMNO dan Tunkulah dalangnya. Beliau amat gembira tentang berita pemisahan
Singapura daripada Malaysia dan ada juga yang mengatakan yang beliaulah yang
menulis skrip temuramah BBC dengan Kuan Yew sewaktu malam berpisahnya Singapura
dari Malaysia, yang mana ketika itu kuan yew menangis tersedu-sedu kononnya
terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura dari Malaysia, padahal itu semua
skrip yang dikarang oleh Othman Wok hanya semata-mata untuk orang Melayu berasa
simpati dengan Kuan Yew dan membenci Tunku.
9.Sehingga
sekarang ini Othman Wok masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh
kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dialah, Lee Kuan Yew
mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura)
salah satu sayap UMNO di Singapura.
10.Dia
bersama-sama dengan berberapa pemimpin sayap Melayu dalam PAP antaranya Ishak
Rahim, Rahmat Kenap, Ariff Suradi, Buang Omar Junid, Mahmud Awang dan Yaacob
Mohamed turun ke kampun-kampung Melayu menghasut orang Melayu supaya membenci
UMNO dan Tunku.
11.Pada
tahun 1959, dia bertanding menjadi calon untuk PAP di kawasan Majlis Bandaran
bagi kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan calon UMNO, dia tewas dalam
pertandingan itu, akibat terlalu malu dengan kekalahan itu beliau menuduh UMNO
yang mengugut pengundi di situ supaya tidak mengundi dia.
Apabila
penduduk kampung mengetahui tentang cerita itu maka seluruh penduduk berkumpul
dihadapan pejabatnya di Tampines dan menghalau dia keluar dari pejabatnya dan
memaki hamunnya sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Othman Wok sekali lagi
bertanding di parlimen Pasir Panjang dan kali ini beliau menang atas bantuan
dan sokongan dana dari Kuan Yew.
12.Selepas
Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh Kuan
Yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial. Satu jawatan menteri yang tidak mempunyi
apa-apa fungsi kerana Kuan Yew telah melantik seorang Cina untuk menjaga hal
ehwal sosial dan Cina ini di letakkan di bawah jabatan Perdana Menteri. Selepas
14 tahun beliau menjadi menteri goyang kaki maka pada 1978 dia pun tidak lagi
menjadi menteri kabinet Kuan Yew kerana keluarga Kuan Yew merasakan tidak ada
apa apa manfaat bagi PAP.
"Orang
yang tidak mengenal sejarah akan diajar sekali lagi oleh sejarah itu
sendiri"
Click
like jika anda baca sampai habis
Yang
ikhlas memberi fakta,
-Ketua
Pengakap-
Sumber
No comments :
Post a Comment