KUALA
LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob hari ini membidas
tindakan
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang cuba mempolitikkan isu kenaikan harga
barangan kawalan.
Ismail
Sabri juga menganggap pemimpin pembangkang itu tidak mengikuti perkembangan
semasa dunia kerana mendakwa kenaikan harga barang berpunca daripada kegagalan
kerajaan Barisan Nasional (BN) menguruskan ekonomi negara.
“Kalau
ikut cakap dia (Mahfuz) seluruh dunia lah gagal macam tu, sebab seluruh dunia
ketika ini mengalami kenaikan harga barang…ianya satu fenomena global. Cuba
suruh dia sebut negara mana yang turun harga barang,” katanya pada sidang
media, di sini.
Beliau
mengulas kenyataan Mahfuz yang semalam mendakwa kenaikan harga barang kawalan
sejak kebelakangan ini berpunca daripada kegagalan pengurusan ekonomi dan
kewangan negara oleh kerajaan BN.
Ismail
Sabri berkata kerajaan pusat juga tidak pernah menghalang kerajaan negeri
pimpinan pakatan pembangkang untuk menurunkan harga barangan di negeri
masing-masing jika benar dakwaan Mahfuz bahawa BN punca kenaikan harga barang.
“Suruhlah
negeri pembangkang buat, turunkan harga, dia kena supportla penjual nasi
kerabu, nasi dagang, mahu bagi duit ke atau subsidi, kita tak sekat tapi
akhirnya dia tak akan buat apa-apa…cakap lebih mudah dari melakukan,” katanya.
Mengulas
lanjut mengenai kenaikan harga barangan kawalan sekarang, Ismail Sabri berkata
pihaknya tidak pernah menafikan perkara itu, namun pada masa yang sama kerajaan
berusaha mengurangkan kesannya ke atas rakyat.
“Kalau
di negara lain, kerajaannya hanya akan cakap, ‘leave it to the market’, tapi
kita di sini melakukan pelbagai usaha bagi mengurangkan kos hidup kesan
kenaikan harga barang global,” katanya seperti dilapor Bernama.
Beliau
memberi contoh pengenalan skim harga barang kawalan sempena perayaan dan Kedai
1Malaysia serta Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi menangani kos hidup
rakyat yang kini dilaksana kerajaan BN. Baca sini
Ditanya
mengenai penguatkuasaan skim kawalan harga barangan terkawal sempena
Aidilfitri, beliau berkata ia dikuatkuasakan bermula hari ini dan seramai 3,000
pegawai penguatkuasa akan digerakkan bagi tempoh 14 hari bagi pemantauan,
dengan dibantu 50,000 rakan pengguna.
3 comments :
Tuan, silap tu bukan Menteri KPDNKK, sepatutnya Menteri MOA. Tuan pun ketinggalan zaman ke.
Hidup Melayu Di Tanah Melayu....
Ambik berita copy paste ke bro. Salah kementerian tu...
Post a Comment