Saturday, February 21, 2015
Kini ada persoalan-persoalan menarik yang sedang ditimbulkan selepas Sirul Azhar secara misteri melarikan diri ke Australia. Persoalan, siapa yang menyediakan pasportnya walaupun dia adalah banduan hukuman mati dan menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan, sudah mula timbul. Bagaimana dia boleh melepasi kawalan imigresen di sempadan negara sehingga butiran tentang jenayah dan kes yang dihadapinya, tidak terlibat, juga dipersoalkan.
Namun kini, sudah ramai yang bertanya, mengapa Rafizi Ramli bersusah payah ke Australia mencari Sirul Azhar dan selepas itu keluar cerita, Sirul Azhar bersetuju untuk membuat konferens 15 minit dengan Mahfuz Omar menerusi telefon dan disiarkan secara langsung menerusi siaran dalam talian.
Apa peranan Rafizi dalam isu yang dibangkitkan secara kelam-kabut ini? Mengapa semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Agung dan Mahkamah Persekutuan, Rafizi Ramli tidak memintas terlebih dahulu dan kemudian mendesak Sirul Azhar menceritakan perkara sebenar sebagaimana yang sedang cuba dilakukannya sekarang?
Mengapa perlu ditunggu sehingga hukuman mati dijatuhkan?
Kalau berdasarkan teori, kononnya orang yang hampir mati akan menceritakan perkara sebenar, ia adalah teori kosong dan bohong. Ramai banduan mati tetap bertegas mereka tidak melakukan pembunuhan. Ramai pembunuh bersiri yang tidak mengakui perbuatan mereka. Ramai penjenayah yang berada di penjara, tidak mengakui jenayah mereka. Malah ramai PELIWAT SEPERTI ANWAR IBRAHIM, yang tidak akan mengaku sampai mati pun perbuatan mereka, walaupun peguamnya mengakui liwat yang berlaku adalah SUKA SAMA SUKA.
Rafizi perlu menerangkan peranan yang telah dimainkannya di Australia, sehinggakan akhbar Australia tersalah lapor dan meletakkan gambar seorang penyanyi Korea yang telah membunuh diri yang dikatakan sebagai Altantuya Shiiribu. Rafizi Ramli juga perlu menceritakan berapa banyak bayaran yang telah dibuat kepada Akhbar The Age Australia yang terkenal dengan prinsip 'SIAPA BAYAR, BERITANYA DISIARKAN'. Mengapa terlalu ketara sangat, selepas bergegas pemimpin PKR melawat Australia dan mencari Sirul Azhar, benda-benda ni pun mulai disiarkan di Australia?
Mengapa Rafizi Ramli sedangkan mungkin pemimpin PKR lain yang terlibat? Sebab dia adalah Setiausaha Agung PKR. Sebagai Setiausaha Agung PKR, dia pasti ada segala butiran yang berkaitan.
Persoalan yang lebih utama ialah, sampai bila akta berkaitan pengkhianatan negara terus didiamkan? Mengapa tidak digunakan? Mengapa pengkhianat-pengkhianat negara dibiarkan berleluasa dan mereka sekadar dikenakan tindakan ringan di bawah Akta Hasutan 1948 sedangkan mereka sepatutnya dikenakan tindakan di bawah hukuman mati kerana mengkhianati negara dan berusaha menghancurkan negara ini!!!
- The Saviour at 11:10 AM
No comments :
Post a Comment