MENGAPA
masih ada yang percaya, bahawa pembunuhan Altantuya adalah atas arahan? Di
Mahkamah tinggi melalui 159 hari perbicaraan, akhirnya membuat keputusan bahawa
pembunuhan itu adalah pembunuhan biasa dan mendapati dua anggota polis
melakukan pembunuhan tanpa sebab. Dapatan itu, menghampiri keadaan apabila
tahanan reman mati semasa dalam tahanan, di mana tidak berlakupun sebarang
arahan.
Altantuya
didapati dibunuh pada tahun 2006, di sebuah kawasan di Pinggir Shah Alam, di
mana pembunuhannya cukup mengerikan, kerana dipercayai menggunakan sejenis bom
c-4.
Dua
anggota UTK polis yang terlibat adalah Ketua Inspektor Azilah Hardi dan kopral
Sirul Azhar Umar, telah didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati,
meskipun sempat menghidup udara segar selepas mahkamh rayuan membebaskan mereka
pada tahun 2013. Atas sebab pembebasan itu, salah seorang daripada mereka, iatu
Sirul lari ke Australia, dan sudah menyatakan tidak akan kembali ke Malaysia
semata-mata untuk menjalankan hukuman gantung. Kerajaan Malaysia berusaha untuk
membawa Sirul pulang ke tanah air. Sirul kini ditahan di satu penjara di
Austarlia, selepas polis antarabangsa memberi alert merah kepada beliau.
Meskipun
Mahkamah Persekutuan telah meutuskan hukuman mati, namun hukuman itu mungkin
hanya dapat dijalankan kepada Azilah, jika Malaysia gagal membawa pulang Sirul.
Umum
memang menunggu untuk mengetahui, siapa yang mengarah pembunuhan Altantuya?.
Altantuya adalah bekas kekasih penganalisa Politik Razak Baginda. Razak
dibebaskan daripada tuduhan bersubahat pada awal perbicaraan.
Apa
kah Sirul, akan muncul dengan cerita lain??? dan merungkai persoalan sebab
musabab pembunuhan model Mongolia beranak satu itu??? Episode kematian
Altantuya sebenarnya belum berakhir. Cr
No comments :
Post a Comment