1.
Pemilik Portal Media Tong Kooi Ong "Edge Group and The Malaysian
Insider" didakwa MalaysianExpose membuat keuntungan berbilion USD
disebalik kejatuhan ringgit yang berlaku mutakhir ini dalam transaksi
"Short Position Trading".
2.
Menurut MalaysianExpose Sumber dalaman Bank Negara Malaysia, pemilik Portal ini
telah mengeluarkan transaksi USD1.4 Billion melalui proksi bermula Ogos 2014
sehingga Januari 2015.
Apa
itu Short Position Trading?
3.
Short Position Trading adalah satu transaksi jangkaan bahawa Ringgit akan jatuh
dan menyusut. Justeru , para pedagang "short position" ini akan
memperdagangkan Ringgit Malaysia kepada USDollar. Jika kemudian hari, nilai
ringgit menyusut , para pedagang dan pelabur matawang ini akan menerima banyak
keuntungan apabila mereka membeli balik ringgit yang mempunyai nilaian yang
rendah.
4.
Apabila nilai matawang menyusut, Bank Pusat (dalam konteks Malaysia adalah Bank
Negara) akan masuk campur untuk mengeluarkan rizab simpanan negara untuk
menyeimbangkan nilai matawang.
5.
Dalam senario Malaysia, ketika ini Ringgit sememangnya merudum, untuk
menyelamatkan Ringgit dari terus merudum, BNM akan membeli ringgit sebagai
pertukaran kepada Rizab USD yang mengalir keluar.
6.
Spekulator matawang akan mengambil kesempatan (menggunakan wang sendiri atau
wang pinjaman bank) untuk membeli USD dengan RM sehinggalah BNM kekurangan
rizab, dan akan menyebabkan matawang merudum teruk.
7.
Kemudian, pedagang akan kembali ke Bank dalam negara yang mereka pinjam duit
untuk membeli matawang USD tadi dan membayar balik pinjaman tersebut dengan
nilai ringgit yang mereka pinjam tersebut telah jatuh.
CONTOH
KIRAAN SHORT TRADING
8.
Contohnya , pada awalnya mereka pinjam di CitiBank sebanyak RM 1,000 000 untuk
membeli USD . 1 US Dollar pada asalnya berkadaran RM3.30 , maka dengan RM1Juta
tersebut, pedagang akan dapat membeli $ 303, 030.30 US Dollar.
9.
Bayangkan ketika ini Ringgit jatuh, dan US Dollar mengukuh (either way,
USDollar mengukuh sebab ringgit jatuh). Nilai Ringgit ketika ini didagang
RM3.60 per 1 USD. Maka,Sekarang untuk kadar $ 303, 030.30 USDollar yang dipegang oleh Pedagang tadi
adalah berkadaran RM 1, 090 909.90. Mereka membuat keuntungan RM 90,909.90!
10.
Inilah adalah contoh RM1juta, biasanya Spekulator seperti ini bukan hanya
bermain 'Short Position' RM1juta sahaja, malah sehingga BILLION USDollar.
Maka
dengan cara itu lah mereka membuat keuntungan atas masalah negara.
Maka
, tidak mustahil , kita tengok Portal-portal mereka teruk menghentam negara.
Mungkin untuk melihat ekonomi negara terus merudum dan mereka mendapat
kesenangan ini!
MalaysianExpose
dikhabarkan telah membuat laporan terhadap 'Enemy of State' ini kepada BNM .
Rujuk MalaysianExpose.
Akhir
Kalam "Kenal Musuh Sebenar Anda "
Sekian,
Sumber
rujukan dari Sumber .
No comments :
Post a Comment