BELUM
apa-apa lagi si pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong dah
mengelabah. Belum lagi di tuduh atau di bawa ke Mahkamah, tapi, hari ini
menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang beliau memanipulasi nilai mata wang
melalui kegiatan 'short-position' untuk mengaut keuntungan. Cara permainan
beliau mirip 'penyangak mata wang asing' George Soro dari Amerika Syarikat,
kata sumber.
Bagaimana
pun hari ini, beliau (Datuk Tong) dengan sekeras-kerasnya menafikan
tuduhan itu. Beliau tidak pernah sekali-kali melakukan 'short position'
ke atas ringgit," katanya dalam satu kenyataan. 'Short-position'
ialah istilah kegiatan penjualan kepada pinjaman sesuatu mata wang dengan
jangkaan akan jatuh nilainya. Pelabur kemudiannya akan membeli balik
ringgit pada nilai yang rendah ketika ia makin menyusut dan mengaut keuntungan
yang tinggi. Tong dikatakan telah melakukan pinjaman sebanyak RM4.48
Billion dan kemudian membeli USD di Malaysia menggunakan pinjaman tersebut
melalui proksi beliau di Hong Kong dan New York.
Apabila
nilai USD semakin meningkat maka beliau akan tukar kembali dalam bentuk RM
untuk membayar semula pinjaman RM4.48 Billion tersebut. Tong juga berkata
beliau sedang mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab menulis di blog
mengenai perkara itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
Katanya, sekiranya beliau benar-benar didapati terlibat dalam aktiviti
spekulasi matawang, Bank Negara Malaysia pasti menyedari tuduhan yang dibuat
terhadapnya itu dan sudah menghubunginya. Katanya, beliau adalah seorang
penganalisis ekuiti, selain usahawan yang sudah lama bertapak. Dan beliau juga
adalah seorang pelabur nilai. Katanyanya lagi, beliau tidak pernah memintas
mata wang atau ekuiti. Beliau memperoleh
dan membina Syarikat, mewujudkan nilai bagi pemegang saham dan mewujudkan
pekerjaan melalui idea dan inovasi.
Beliau
mencabar pihak yang berwajib dengan
rekod yang beliau ada dan beliau boleh buktikan semua ini. Sambil itu, katanya,
beliau yakin Bank Negara akan sedar jika terjadi jenayah kejam seperti didakwa.
Sementara itu, katanya, Bank Negara tidak pernah menghubungi beliau dan
sekiranya beliau dipanggil, beliau jamin akan memberikan kerjasama sepenuhnya
dengan Bank Negara sekiranya bantuan beliau diperlukan pada bila-bila masa,
katanya. Beliau menyifatkan tuduhan yang dibuat itu satu 'pembohongan berniat
jahat dan fabrikasi' yang 'di luar batas kesopanan manusia'. Sebelum itu,
Utusan Malaysia menerusi ruangan Analisis Mingguan hari ini menggesa Tong untuk
tampil memberikan penjelasan berhubung tuduhan tersebut. Untuk berlaku adil
kepada Tong, beliau wajar tampil untuk menjawab segala pertuduhan.
Seseorang tidak boleh dianggap bersalah selagi
tidak didapati bersalah, petik daripada akhbar itu. Bersama posting ini, IBM
paparkan (seperti diatas) pandangan dari beberapa pemimpin-pemimpin politik
yang mahukan kerajaan menyiasat akan kesohenan isu ini kerana ianya melibatkan
maruah dan ekonomi negara. sudah tentu rakyat melahirkan kebimbangan mereka
sekiranya nilai ringgit terus 'merudum'. Apapun tuduhan itu belum boleh dibuat terhadap Datuk Tong kerana belum
ada asas yang kukuh untuk mengaitkan beliau sebagai dalang di dalam isu ini.
Sama-sama kita tunggu perkembangan seterusnya. Cr
No comments :
Post a Comment