KES
AL-TANTUNYA : LOKASI TERKINI SIRUL AZHAR & KONSPIRASI POLITIK YG BAKAL
MELETUP !!
1.
Australian Broadcasting News (ABC) di laporan terbarunya bertajuk Malaysianfugitive Sirul Azhar Umar seeks Australian lawyer to avoid extradition, deathpenalty over Mongolian model's murder melaporkan bahawa Sirul Azhar Umar
ditangkap di Brisbane minggu leaps sebelum dipindahkan ke Villawood Immigration
Detention Centre di Sydney.
2.
ABC juga melaporkan bahawa peguam Sirul Azhar sedang mendapatkan bantuan peguam
tempatan untuk menguruskan isu beliau di sana. Sinar Harian pula melaporkan
bahawa Sirul Azhar Umar tidak mahu
pulang ke Malaysia.
Hasnal Rezua Merican yang kini berada di Australia mengatakan baru bertemu dengan Sirul kelmarin untuk membincangkan jalan membebaskannya daripada tahanan di negara itu, lapor akhbar tersebut.
"Sirul ada mengatakan dia tidak mahu balik. Siapa pun yang ada kedudukan seperti dia, mesti tidak mahu balik," kata Hasnal kepada Sinar Harian.
Menurut Hasnal, setakat ini mereka langsung tidak berbincang mengenai isu ekstradisi.
"Soal ekstradisi setakat ini belum berbangkit.
"Kami
hanya berbincang bagaimana hendak bebaskan dia daripada tahanan dan dia juga
mengamanahkan kepada kami (seorang lagi peguam, Kamarul Hisham Kamaruddin)
untuk berunding bagi pihaknya, berbincang dengan peguam-peguam di sini
(Australia) mengenai perkara itu," katanya.
3.
Sebelum ini ramai di antara kita tidak tahu bahawa Australia mempunyai polisi
tidak mengiktiraf hukuman mati, malah negara itu menentang keras hukuman
tersebut dijalankan dalam sistem perundangan negara lain.
4.
Australia juga telah menyatakan pendirian tiada ekstradisi ke atas Sirul untuk
dibawa balik ke Malaysia.
5.
Sekarang timbul persoalan, siapakah yang sebenarnya dibelakang Sirul Azhar Umar
yang menyusun segala permindahan beliau ke negara Australia?
6.
Ianya kerana, agak sukar untuk kita percaya bahawa segalanya ini adalah satu
kebetulan terutamanya apabila kita tahu bahawa Australia mempunyai polisi tidak
mengiktiraf hukuman mati.
7.
Tidak mungkin segalanya ini difikirkan oleh Sirul Azhar Umar seorang. Tentu ada
pihak yang lebih arif tentang selok belok undang-undang atau hak kebebasan
Australia yang menjadi 'tangan ghaib' membawa pembunuh Al-Tantuya itu ke
Australia.
8.
Malah, tindakan sesetengah pemimpin PAS yang tiba-tiba hadir menunjukkan
simpati kepada ibu dan keluarga Sirul Umar itu dirasakan tidak secara
'kebetulan'. Kehadiran pemimpin PAS itu sungguh tidak ikhlas kerana sebelum
ini, mereka tidak pun peduli dengan keluarga Sirul Umar.
9.
Ironinya, mereka ini terdiri daripada pemimpin-pemimpin PAS yang dikenali
sebagai kumpulan Anwarinas dan bukan kumpulan ulamak di dalam parti itu. Kenapa
mereka?
10.
Yang lebih ironinya ialah Anwar Ibrahim menzip mulut tidak bercakap langsung
tentang isu Sirul Umar di Australia. Begitu juga kepimpinan tertinggi PKR yang
lain. Kenapa?
11.
Dan berbalik kepada 'tangan ghaib' atau 'broker' yang membawa Sirul Umar ke
Australia. Kita akan terfikir mereka ini mempunyai motif politik untuk
memperalatkan Sirul Umar demi permainan politik mereka. Apa tidaknya, Sirul
Umar dan kes pembunuhan Model Al-Tantuya ini sengaja dikaitkan dengan DS Najib
Razak, Perdana Menteri kita walau pun sudah terbukti bahawa Najib Razak tidak
terlibat langsung dalam kes ini.
12.
Dan apakah terdapat 2 pihak yang terlibat iaitu satu di Malaysia dan satu lagi
di Australia yang saling berhubungan untuk membawa Sirul Azhar keluar daripada
Malaysia?
13.
Dalam isu ini, kita dapat mengagak situasi Sirul Azhar yang sangat terdesak
untuk menerima apa sahaja cadangan untuk menyelamatkan diri beliau termasuk
lari ke Australia. Dan MiM percaya bukan setakat lari ke Australia sahaja
tetapi lebih daripada itu. Apakah perkara itu?
1. Kita berbalik kepada kenyataan peguam Sirul Azhar iaitu mereka sedang berusaha untuk membebaskan beliau daripada Villawood Detention Centre. Timbul persoalan, bagaimana seorang pembunuh boleh dibebaskan daripada tahanan tersebut dan bolehkah penjenayah kes berprofil tinggi ini dibenarkan bergerak bebas di negara Australia
Apakah wujud polisi negara Australia yang akan membenarkan Sirul Azhar bergerak bebas seolah-olah beliau ini tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah? Atau mungkin ada cerfew atau kawalan daerah kepada Sirul Azhar jika benar beliau dapat dibebaskan?
2. Soalan-soalan di atas pula kita kaitkan dengan 'simpati secara tiba-tiba' yang ditunjukkan oleh pemimpin Anwarinas dalam PAS kepada keluarga Sirul Azhar. Selain daripada menunjukkan 'simpati yang tidak ikhlas' itu, mereka mengeluarkan kenyataan 'Sirul dan Azilah harus diberi hak untuk membuat kenyataan umum' walau pun kita semua tahu bahawa kedua-dua individu ini telah diberikan sebanyak ruang untuk mempertahankan dan mendedahkan apa sahaja di dalam Mahkamah.
Dan tidak ada sesiapa pun yang patut menggunakan alasan 'sistem kehakiman tidak adil atau tali barut kerajaan BN' kerana sistem kehakiman ini juga yang telah memenangkan banyak kes saman pemimpin Pakatan Pembangkang terhadap pihak-pihak yang pro-BN.
14.
Maka, jika kita kaitkan kedua-dua di atas, kita akan nampak seperti satu
pattern licik atau pelan tersusun yang dapat mengaitkan penyertaan Pakatan
Pembangkang dalam isu Sirul Azhar di Australia. Apa tidaknya, jika Sirul Azhar
dapat dibebaskan dengan apa cara yang ada di dalam undang-undang negara itu,
apakah langkah seterusnya bagi Sirul Azhar untuk menyara hidup di negara asing
itu?
15.
Perkara ini boleh dikaitkan pula dengan kenyataan pemimpin PAS itu iaitu
'membuat kenyataan umum'. Apakah ini langkah seterusnya yang telah diatur oleh
'broker' yang membawa Sirul Azhar ke Australia?
16.
Dan 'kenyataan umum' ini tidak mungkin free of charge dan sudah pasti ramai
pihak, sama ada di dalam atau pun luar Malaysia yang sanggup menawarkan apa
sahaja supaya Sirul Azhar 'membuat kenyataan umum'.
17.Jika
isu Sirul Azhar ini benar-benar sampai ke tahap ini, kita dapat mengagak bahawa
Sirul Azhar mungkin akan berkata apa sahaja termasuk berbohong dan mereka-reka
cerita seperti yang diskripkan oleh 'broker' dan 'tangan ghaib' tersebut?
18.
Cerita yang diskripkan dan ditambah reka itu sudah tentu akan bermaksud untuk
memburuk-burukkan serta menjatuhkan imej beberapa individu berjawatan tinggi di
negara ini. DS Najib Razak dilihat akan dijadikan sasaran utama di dalam rekaan
cerita tersebut.
19.
Ianya kerana 'broker' dan mereka yang berkepentingan ini tahu bahawa persepsi
sahaja walau pun ianya tidak benar dan bohong belaka, sudah cukup untuk
mewujudkan polemik di Malaysia.
20.
Dan Sirul Azhar yang desperado tapi terhutang budi kerana ibarat 'mati hidup
balik' ini akan ikut sahaja apa skrip yang telah disediakan itu?
21.
Dan jika saat itu benar-benar berlaku di masa hadapan, kita akan saksikan satu
lagi polemik politik yang lebih panas serta dapat menenggelamkan segala
keburukan dan pertelingkahan sesama DAP dan PAS.
22.
Ianya akan lebih menyengat kerana tatkala itu, kesemua parti dalam Pakatan
Pembangkang mempunyai hanya satu fokus sahaja iaitu 'kenyataan umum' Sirul
Azhar. Dan jika benar DS Najib Razak akan difitnah kelak, kita jangan terkejut
jika opportunis-opportunis dalam parti UMNO itu sendiri yang akan menggunakan
polemik Sirul ini untuk menekan DS Najib Razak.
23.
Dan jika sekarang pun sudah dengar pelbagai cerita dalam parti UMNO,
'kenyataan umum' Sirul Azhar ini ibarat pucuk dicita ulam mendatang bagi
mereka!
24.
Kita tunggu dan lihat percaturan seterusnya 'broker' Sirul Azhar selepas ini.
Jika benar-benar berlaku, kita sepatutnya sudah dapat menilai dan menolak
segala cerita yang akan direkacipta. Cr
No comments :
Post a Comment