Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, February 2, 2015

ZAM MAIDIN - KONSPIRASI POLITIK



Zam bukan nya orang politik kata beliau sendiri. Tetapi tanpa disedari Zam terjeromos dalam kancah politik apabila beliau tidak dapat mengelak dalam arus perdana politik dari zaman Razak hingga Najib. Kepimpinan tidak pernah mengenepikan tulisan Zam sebagai wartawan politik.

Baru-baru ini Zam buat gempaq kelin konon tak mahu lagi menulis politik semasa. Tetapi hakikatnya Zam harus sedar bahawa wajahnya, kedut kulitnya dan rambut putih di kepalanya adalah akibat dari penulisan politik selama 50 tahun.
Dan gambarnya bersama Daim, Kadir Jasin dan beberapa blogger telah dipolitikkan sehingga mampu menggugat takhta Kerajaan Najib.

Di akar umbi Zam buat kejutan lagi. Jamuan makan malam Zam bersama beberapa orang kuat beliau di akar umbi dalam Parlimen Merbok telah menjadi bualan panas pimpinan politik UMNO Bahagian Merbok kerana terasa mereka tergugat konon ‘Zam is making a comeback’. Dan yang lebih parah konon Zam ‘is planting somebody’ untuk jawatan Ketua Bahagian. Nampaknya ligat politik Melayu ini bukan setakat pimpinan atasan malah di bawah juga ligat bagaibola golf.

Bahagian Merbok yang sedang dalam zon selesa menjadi tidak selesa berpunca dari gambar Zam dan penyokong akar umbi. Wajah-wajah kepimpinan bahagian yang baru balik bersuka ria ‘golfing’ di luar negara kini terasa miang dan bahangnya. Mana tidak nya dalam kesedihan bencana banjir di Kelantan masih ada kutu-kutu yang berfoya-foya di luar negara.

Apa pun jasa-jasa Zam di Merbok masih menjadi bualan khasnya projek rakyat yang beliau lancarkan semasa beliau menjawat jawatan Ahli Parlimen Merbok. Projek “English Enrichment Program”. Menurut lapuran Guru Besar Sekolah Kuala Sin dan Dataran Muda menyatakan sekolah mereka telah mencapai pencapaian Bahasa Inggeris 100% semasa pelajar mereka mengikuti program tersebut.


Konklusinya gempaq kelin Zam nampaknya tak menjadi. Cr

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.