Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, April 9, 2013

Surat Terbuka Untuk Nik Aziz ... ULARMAK PEMEGANG KUNCI SYURGA



Kita tidak perlu mendaftar diri sebagai ulamak. Kita tidak perlu mengaku diri ulamak. Malah kita tidak perlu orang ramai mengiktiraf kita sebagai ulamak.

Pun begitu, kalau kita pengikut dan pengamal ajaran Islam, pasti akan membuat kesimpulan bahawa Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi bin Awang adalah dua pengamal ISLAM SONGSANG, kalau amalan dan ajaran mereka dikaitkan dengan Islam. Kalau tidak, mereka berdua adalah pengamal dan pengajar ISLAM JADI-JADIAN.

ISLAM JADI-JADIAN tidak ada bezanya dengan apa yang diistilahkan dengan ajaran sesat. Islam jadi-jadian ditakrifkan sebagai ajaran yang disebut sebagai Islam tetapi pengajar atau khalifahnya mempunyai tabiat untuk membuat tafsiran ke atas semua perkara mengikut keadaan dan kepentingan.

Untuk sekian lama, itulah apa yang diamal dan diajar oleh Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi bin Awang.



Sebagaimana penganut ajaran sesat, penganut ISLAM JADI-JADIAN adalah mereka yang cetek, kalaupun bukan tidak ada, ilmu dan pengetahuan tentang Islam.

Sama dengan ajaran sesat lain, pengikut mungkin mempunyai pendidikan yang tinggi, tetapi tidak mempunyai keupayaan untuk berfikir bila melibatkan hal-hal berkaitan dengan Islam dan hukum ... Ikut membabi buta.

Kepada mereka dalam parti yang diterajui oleh kedua-dua pengajar sesat ini, yang digelar, diperaku, dipanggil, dan sendiri mengaku ulamak, anda tiada bezanya dengan kedua-dua mereka kerana bersekongkol dengan keduanya.

Ulamak kita sering perkatakan sabda Rasullah berkaitan dengan umat beliau yang dipecahkan kepada 73 kumpulan. Mengambil iktibar ini, kedua-dua mereka ini pastinya dikalangan kumpulan 72 yang tidak akan membawa pengikut baginda ke syurga.



Dalam bahasa kasar, akan membawa mereka ke neraka. Untuk sekian lamanya setiap "pesanan" mereka yang diwar-warkan sebagai fatwa menjurus kepada takrifan songsang disebabkan pemikiran dan amalan mereka yang songsang.

Pastinya, pengikut yang tidak mahu, tidak tahu dan malas berfikir akan menerima pesanan mahupun fatwa mereka sebagai islamik.

Tidak perlu bandingkan dengan Khawarij. Pengikut mereka bukannya tahu pun. Kalau pernah dengarpun bukan tahu ambil iktibar. Kalau mereka tahu, sudah lama kedua-dua mereka hilang pengikut.

Di Malaysia sendiri pun ada. Tiada bezanya Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang dengan arwah Ashaari Muhammad pemimpin Al-Arqam? Mungkin Ashaari Muhammad lebih baik kerana mampu menjana kumpulan perniagaan yang "berjaya".
 


Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang hanya mampu menjana sumber pendapatan (bahasa kasarnya makan sedekah) bagi pengikut-pengikut kanan mereka dengan hanya menjual air liur dan fitnah.

Kesamaan mereka dengan kumpulan Ashaari Muhammad; mengambil kesempatan ke atas manusia yang tidak banyak mana pendapatan mereka untuk menampong kehidupan mewah pengikut mereka yang terpilih.

Tiada apa yang perlu dimarahkan kerana mereka suka bersedekah untuk mendengar "ulamak" mencarut, memfitnah dan lucah.

Kasihan kita kepada umat nabi Muhammad yang mengaku pengikut parti ISLAM JADI-JADIAN dipergunakan oleh mereka berdua. Kasihan kepada mereka yang tidak banyak pengetahuan mengharapkan syurga dari ULARMAK JADI-JADIAN ini.
 


Tiada bezanya Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang dengan arwah Ashaari Muhammad pemimpin Al-Arqam? Mungkin Ashaari Muhammad lebih baik kerana mampu menjana kumpulan perniagaan yang "berjaya".

Tanpa mereka sedar mereka mendapat pemimpin yang akan membawa mereka ke neraka. Tapi memang salah mereka kerana tidak mahu dan malas berfikir. Tidak mahu dan malas belajar. Hanya mahu mendengar fitnah, carut marut dan cerita lucah.

Malah tidak mahu buka minda dengan menutup kepompong ilmu kepada kumpulan ulamak jadian ini. Lagi pun itu adalah tabiat semulajadi ramai bangsa yang menjadi pengikut kedua ulamak islam jadian ini.

Lebih malang lagi kerana mereka juga mendapat ramai lagi ULARMAK JADI-JADIAN yang walaupun banyak ilmu tetapi masih tidak tahu berfikir, tidak mahu berfikir, kalaupun mereka mampu berfikir dan tidak jujur dengan ilmu yang diperolehi.

Tambah malang bila mereka yang tidak banyak bezanya pengetahuan dengan pengikut membabi buta juga menjadi pemimpin parti islam jadi-jadian ini.



Mahu jadi orang Islam bukannya sukar ...

Prinsip pertama adalah mengucap dua kalimah shahadah sebelum bercakap fasal 4 rukun yang lain. Mengaku tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah.

Kalau orang Islam mengaku hal ini, orang Islam mesti menerima bahawa Allah yang menentukan segalanya. Bukan Nik Aziz Nik Mat atau Abdul Hadi Awang.

Mereka berdua tidak ada hak untuk mengambil peranan Yang Maha Esa bagi menghukum siapa masuk syurga atau neraka. Itu sahaja telah menjadikan mereka menyekutukan Yang Maha Esa.

Apa hak mereka menentukan menyokong parti ISLAM JADI-JADIAN mereka akan membawa ke syurga. Apakah mereka penjaga pintu syurga? Atau mereka mempunyai
kuasa untuk mengatasi ketentuan atau mengarah Allah untuk menerima penyokong parti mereka masuk syurga?



Nabi Muhammad SAW pun hanya mampu berdoa memohon kepada Allah bagi pihak umat baginda ...

Sudah sampai masanya pengikut, penyokong dan ahli parti islam jadi-jadian membuka mata, membuka hati dan membuka minda sebelum terlambat.

Anda tidak perlu masuk UMNO. Tidak perlu masuk PESAKA. Tidak perlu masuk PERKASA. Tidak perlu masuk ABIM. Tidak perlu masuk PBB. Tidak perlu masuk
mana-mana parti politik atau pertubuhan untuk mendapat rahmat Allah SWT.

Anda juga tidak perlu gusar nak undi mana-mana parti politik yang anda suka. Undi anda tidak akan membawa anda ke syurga.

Anda hanya perlu buat kepastian. Adakah anda mahu jadi orang Islam dan mati sebagai orang Islam? Adakah anda mahu hidup dirahmati Allah dan mati anda juga dirahmati Allah.



RAMLI ABDUL HALIM  atau lebih dikenali sebagai MELI KAPAK JINGGA ... Bekas penulis tegar untuk parti PAS. Di antara buku yang pernah dihasilkan beliau GARA-GARA PENANGAN TOK GURU ORANG ISTANA MERANA, PARTI PILIHAN RAKYAT KELANTAN, MENTERI BESAR BERKOPIAH MEMBAWA TUAH, AMANAT TOK GURU, NIK AZIZ INTAN TERPILIH ABAD INI, PANGLIMA JIHAD PAS, NIK ADLI: HERO BARU PERSADA POLITIK NEGARA

Kalau itu yang anda mahu, pastikan ada tinggalkan kepercayaan KARUT-MARUT anda ke atas Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang dan kuncu-kuncu mereka kerana anda pasti akan kecewa.

Jalan yang paling mudah buka mata, buka hati, buka minda dan banyak membaca dan belajar ...

Kalau perkara sekecil ini merupakan kesusahan kepada anda, eloklah berpuashati dengan apa yang anda percaya masakini - Insya Allah anda akan menerima apa yang hak bagi anda.

Satu renungan untuk penganut fahaman PAS ...

Sabda RASULULLAH s.a.w. : "Ku tinggalkan untuk kamu dua perkara (pusaka), taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang kepada keduanya, yakni kitabullah (al-Quran) dan sunnah (Hadis) Rasul-Nya".

RASULULLAH s.a.w. tidak ada menyebut bahawa kepada kamu ku tinggalkan PAS untuk wajib kamu sokong dan anuti supaya kamu tidak sesat. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak berparti politik dan untuk jadi pemimpin tidak pun diadakan pilihanraya.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.