MARAH juga
dengan puak pakatan ni yang kalau sehari tak fitnah bukan puak mereka la tu.
Itulah hakikat sebenar yang kita sebagai rakyat Malaysia harus tempuhi saban
hari. Setiap hari ada sahaja fitnah terbaru yang ditujukan kepada BN bagi
menampakkan yang kepimpinan BN ini bersifat jahat dan dengki.
Sejak
kebelakangan ini, beberapa banner yang mengutuk kepimpinan parti dalam pakatan
bersepah digantung dibeberapa kawasan panas sekitar Selangor dan Lembah Klang.
Puak pakatan menuduh ini semua adalah kerja BN yang mahu memecahbelahkan puak
pakatan menjelang pilihanraya.
Gambar
dibawah sebagai bukti.
Mereka-mereka
ini kononnya menuduh BN sebagai orang yang bertanggungjawab menggantung
banner-banner provokasi ini, tetapi yang pasti mereka telah bersedia lebih lama
untuk melancarkan serangan fitnah terbaru ini. Apa boleh buat, puak ni semua
dah tak ada modal nak counter attack BN jadi buatlah banner murah untuk
memfitnah.
Gambar
diatas menunjukkan sebahagian banner yang ditunjukkan kepada ketua-ketua
jentera mereka yang diarahkan untuk menggantung banner tersebut dibeberapa
kawasan. Sebelum keluarnya gambar diatas sekali itu, team risikan kami telah
mendapat maklumat awal tentang pengedaran dan strategi pemasangan banner.
Mereka punyai seorang Pengarah Propaganda yang ditugaskan untuk membuat
huru-hara dan fitnah ini.
Tiada apa
lagi yang harus BN lakukan sekarang hanya berserah kepada Allah untuk menghadapi
fitnah puak pakatan yang semakin melampau. Sentimen perkauman, agama turut
digunakan bagi menuduh BN. Fikirkanlah.
No comments :
Post a Comment