Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, April 12, 2014

Adakah konsultan bagi nasihat agar PM melantik lebih ramai Menteri Cina?

TalentCorp adalah syarikat consultancy di bawah Jabatan Perdana Menteri yang telah dibayar upah beratus juta ringgit. Ia satu lagi PROJEK IDRIS JALA.
Mengikut bajet 2014, projek khas TalentCorp tahun ini sahaja dianggarkan memakan kos RM58,450,000.

 Board of Trustees - TalentCorp

Twitter - TalentCorpMsia- YB @khairykj officiating


Skop kerja TalentCorp disebut seperti berikut.

“We develop initiatives based on 3 strategic thrusts: (1) Optimise Malaysian talent, (2) Attract and Facilitate Global Talent & (3) Build Networks of Top Talent”
 Twitter - TalentCorp

Twitter - TalentCorpMsia- Survey indicates

Buzzword: Ethnic diversity, promoting best and brightest

TalentCorp mahukan “diversity” (kepelbagaian) di tempat kerja dari segi jantina, umur dan keturunan.

Itulah nasihat yang diberikan kepada Najib Razak oleh konsultannya TalentCorp.

Ditekankan supaya ada “diversity” di tempat kerja dan ini wajib kerana Malaysia adalah sebuah negara masyarakat majmuk berbilang bangsa.

BAWAH: Najib at Diversity roundtable organized by TalentCorp

 Twitter - NajibRazak- Good participationDiversity


Kabinet Najib tidak cukup syarat “diversity”nya (kepelbagaian) dari segi perwakilan kaum Cina.

Menteri-Menteri kesemuanya ada 32 orang tetapi Menteri asal kaum Cina setakat seorang sahaja.

Seorang Menteri, iaitu Senator Paul Low Seng Kwan di kalangan kabinet 32 orang anggota hanyalah 3 peratus walhal etnik Cina adalah 25 peratus penduduk negara.

Senarai kabinet Najib:

Najib Razak ~ Muhyiddin Yassin ~ G. Palanivel ~ Nazri Aziz ~ Hishammuddin Hussein ~ Shafie Apdal ~ Mustapa  Mohamed ~ Maximus Johnity Ongkili ~ Douglas Uggah Embas ~ Ahmad Zahid Hamidi ~ Ahmad Shabery  Cheek ~ S. Subramaniam ~ Ismail Sabri Yaakob ~ Ahmad Husni Hanadzlah ~ Anifah Aman ~ Jamil Khir  Baharom ~ Senator Idris Jala ~ Joseph Kurup ~ Joseph Entulu anak Belaun ~ Rohani Abdul Karim ~ Fadillah Yusof ~ Hasan  Malek ~ Richard Riot ~ Tengku Adnan Tengku Mansor ~ Idris Jusoh ~ Shahidan  Kassim ~ Senator Paul Low Seng Kwan ~ Khairy Jamaluddin ~ Abdul Rahman Dahlan ~ Nancy Shukri ~ Ewon Ebin ~ Senator Abdul Wahid Omar

Untuk mencapai sasaran “diversity” (kepelbagaian) optimal yang disyorkan TalentCorp, Najib harus melantik sebanyak 8 orang Menteri Cina.

Jika dikekalkan Paul Low dalam rombakan kabinet nanti, bermakna masih ada 7 kekosongan lagi untuk diisi wakil-wakil parti Cina BN.

Calon-calon yang menyerlah digambarkan di bawah:

chinesementop7


Credit for Helen Ang

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.