Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, April 12, 2014

Hanya tiga pemegang pasport BOC dibenarkan pulang – Zahid Hamidi

Ahmad Zahid Hamidi

PUTRAJAYA – Hanya tiga pemegang pasport Kerakyatan Luar Negara British (BOC) dari negara ini dibenarkan pulang sehingga kini, bukannya lebih 500 seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka juga bukannya diberi taraf kewarganegaraan atau pemastautin tetap, sebaliknya hanya diberikan Pas Residen bagi membolehkan mereka berada di sini secara sah selaras dengan Peraturan 16A, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kerajaan Malaysia tidak akan memberikan taraf kewarganegaraan secara automatik. Ini kerana ada di kalangan mereka yang telah mengoyakkan pasport Malaysia ketika berada di luar negara dengan hasrat benci kepada negara ini dan tidak lagi mahu pulang kerana kebencian itu dan ada yang ‘menikam’ negara ini dari belakang. Tidak ada lagi taat setia di kalangan mereka.

“Sekiranya pemegang Pas Residen ini ingin mendapatkan kembali taraf kewarganegaraan, mereka perlu melalui proses sebagaimana warganegara asing yang mahu memohon dan mereka perlu menunggu 17 tahun dan membuktikan bahawa mereka taat setia kepada negara dan memenuhi syarat permohonan termasuk ujian kemahiran dalam Bahasa Melayu,” katanya kepada pemberita.

Media sebelum ini melaporkan kenyataan anggota Parlimen Tanjung dari DAP, Ng Wei Aik yang mendakwa kerajaan bersetuju untuk membawa pulang lebih 500 bekas rakyat Malaysia yang melepaskan kewarganegaraan mereka untuk menjadi warganegara United Kingdom (UK).

Pemegang pasport BOC merupakan warganegara Malaysia yang memilih untuk melepaskan taraf kewarganegaraan bagi memohon sebagai warganegara UK.

Bagaimanapun mengikut British Nationality Act 1981 (BNA 1981) yang dipinda pada 4 Julai 2002, mereka hanya akan diberikan kewarganegaraan UK jika mereka telah melepaskan atau dilucutkan kewarganegaraan Malaysia pada atau sebelum 4 Julai 2002.

Ahmad Zahid berkata Pas Residen hanya merupakan kebenaran yang diberikan kepada warganegara asing untuk tinggal di Malaysia untuk tempoh lima tahun dan boleh memohon untuk disambung setiap lima tahun.

Beliau berkata ia perlu dimohon semasa berada di UK melalui Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London, dan hanya akan berlepas ke Malaysia setelah permohonan mereka diteliti dan diluluskan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Pas Residen akan ditampal dalam pasport BOC mereka sebaik tiba di pintu masuk dan sebelum mereka melangkah keluar dari terminal. Satu kaunter khas disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memudahkan mereka melapor diri.

“Penyediaan kaunter khas ini memudahkan pihak JIM mengesan pemegang pasport BOC dan mengelakkan mereka masuk ke dalam negara tanpa pas yang sah bagi memastikan mereka tidak melanggar undang-undang Imigresen dan menghadapi risiko ditahan kerana tidak memiliki suatu pas yang sah,” katanya. – ABN|NEWS

4 comments :

Anonymous said...

3 utk permulaan.... dah di hina negara ...masih lagi nak layan... pelik lah aku si zahid ni

Anonymous said...

Harapnya YB DS Zahid kembali 'BERTARING' terusan! Sepatutnya siKAPIRDAPBANGKAI tu harus di MANSUHkan dan undg-undg SYARIAH serta undg-undg TERORISMA diperkuatkan tanpa sebarang kompromi, kerana si musuh ISLAM/umatnya ini, asyik menimbulkan FITNAH berterusan melalui PENGGANAS RedBeanBANGKAInya!

DAPBANGKAI sbg. ejen utama (juga si puak KAPIR/GAYPKRPELIWAT) Barat-ZIONIS, juga dalang belakang kebanyakan kegiatan JENAYAH dan MAKSIAT dajal terutamanya jenayah pembunuhan (melaui pelbagai cara termasuk kemalangan jlnraya terutamanya oleh lori/bas BUAS; kebakaran kpg-kpg/rumah Islam/Melayu utk. rampas tanah/rompakan/perogolan BUAS, sindiket dadah/perjudian/pornografi/pelacuran serta kegiatan homoseksual yg. amat berleluasa dan MENGGANAS - yg. semakin merosakkan akhlak dan aqidah anak-anak muda Islam/Melayu!
Semua ini utk. menghuru-harakan negara serta mahu mencetuskan satu lagi 13 MEI; kemudian mereka akan minta UN (yg. dikuasai Barat-ZIONIS terutamnya si BANGSATkiMoon) hantar "tentera pengaman"!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

KDN penakut..bagi aku Pas Residen tu pun patut jgn bg. nak tunduk sgt dgn mata sepet ni kenapa?

Anonymous said...

aku x tahulah menteri2 skrg ni...hebat kat luar je..tapi teloq x ada. aku pun skrg dah benci tengok BN terutama UMNO bertindak..menteri yg ada kebanyakkan hampeh.
aman lg d tahun2 60an..70an dulu2

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.