Sejak semalam, Ketua Pembangkang masih lagi berada di
kota London memenuhi satu misi yang beliau sahaja ketahuinya.
Salah
satunya berkunjung ke media Daily Telegraph, United Kingdom membuat
kenyataan tentang MH370 yang disifatkan Ketua
Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai satu bentuk serangan
yang tidak berasas dari luar negara terhadap negaranya sendiri,
Malaysia.
Namun,
sudah pasti kunjungan Anwar ke kota London itu dipercayai bukan
semata-mata mahu berjumpa kumpulan media, rasanya ada ramai pihak
lagi yang mahu dijumpainya.
Sudah
tentu ‘rundingan’ dengan pihak-pihak tertentu yang berbentuk
peribadi itu tidak akan dihebah kepada media antarabangsa atau blog,
twitter dan laman sosial peribadi milik Anwar.
Mengenali
Anwar, beliau akan mengulangi sejarah silam. Rangkaiannya adalah
sama, kalau ada penambahan satu atau dua tokoh rangkaian baru, ianya
hasil cadangan daripada rangkaian ‘godfather’ utama.
Belajar
dari sejarah selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada
2 September 2004, beliau menjadikan Kota London sebagai base pertama
sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat.
Sebab
di Kota London ada dua ‘godfather’ penting yang boleh mencaturkan
masa depan politik.
Dua
‘godfather’ Anwar di Kota London itu adalah Al Gore dan George
Soros.
Pemahaman
lanjut tentang lingkaran Anwar itu, sila baca;
1 comment :
bang non gi London sempat tweet best nyaa gi London.....apa tak bestnya aroma jubo juboan menikam kalbu.....
Post a Comment