Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, April 11, 2014

ALKISAH PANDA YANG DI TELANJANGKAN...

Gambar Hiasan

Kalau tak menipu bukan pembangkang namanya. Pembangkang kantoi lagi! Panda Malaysia

1. Pembangkang telah menipu rakyat dgn propa murahan picisan kononnya Malaysia menyewa Panda dgn harga RM 25 juta. Perbuatan puak pembangkang sgt tidak bertanggung jwb.

2. Panda itu dihadiahkan China kpd Malaysia sbg 1 tanda simbolik perhubungan pelbagai hala diplomatik antara 2 negara.

3. Kos penjagaan, pemeliharaan dan penyediaan tempat sarang Panda yg perlu ditempat suhu sejuk ialah sebanyak RM 2.5 juta setahun bersamaan RM 25 juta utk 10 tahun.

4. Kos RM 25 juta tersebut ditaja oleh syarikat-syarikat ke 2 negara yg terlibat dlm pelbagai aktiviti perniagaan. Ia bukan dibiayai oleh wang negara ataupun Kerajaan Malaysia.

5. Simbolik disebalik hadiah panda ini adalah ,

a. Malaysia diiktiraf China sbg 1 negara sekutu yg dipercayai dan dihormati China.
b. Malaysia adalah antara beberapa negara yg mendapat keistimewaan penghormatan spt ini.
c. Malaysia diiktiraf secara global oleh China dalam perhubungan pelbagai hala & diplomatik.

========================================================================

NANNING, China 19 Sept. - Malaysia berharap dapat menerima dua ekor panda daripada kerajaan China pada 2014 iaitu bersempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik yang terjalin antara kedua-dua negara.

Duta Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin berkata, semua persediaan untuk menerima panda itu perlu disiapkan terlebih dahulu sebelum haiwan kebanggaan China itu boleh diserahkan.

"Bagi China, panda adalah haiwan yang sangat istimewa, jadi keputusan untuk dihadiahkan atau dipinjamkan kepada Malaysia adalah pengiktirafan bukan sahaja kepada kepimpinan kita, malah simbol keakraban hubungan antara rakyat dan kerajaan dua negara.

"Kita harap semua persediaan dilengkapkan supaya salah satu kemuncak ulang tahun itu adalah penyerahan panda berkenaan," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke sini sempena Ekspo China-ASEAN Kesembilan, hari ini.

Menurutnya, antara persediaan yang perlu dibuat oleh Malaysia adalah memastikan kesesuaian suhu persekitaran kawasan panda itu ditempatkan dan makanan.

"Apabila pihak yang berkaitan puas hati, maka tiada masalah untuk bawa panda ke Malaysia," katanya.

Menurutnya, Malaysia adalah antara 22 negara yang diberi penghormatan untuk menerima panda dari China dan ia adalah simbol keakraban hubungan antara dua negara. - UTUSAN 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.