Tweet ini dipercayai merujuk kepada “tweet” KJ semalam yang mempertikaikan Perdana Menteri kerana memilih Zul Nordin sebagai calon BN dalam pilihan raya umum lalu.
Pada
awalnya ia sekadar berpunca daripada tindakan KJ yang marah dengan Tweet Zul Nordin yang menyatakan “ketika kerajaan
Pas Kelantan mahu melaksanakan hudud, Allah mematikan Karpal Singh, penentang
hudud”.
Khairy
yang terkenal dengan pemikiran liberal moden membalas tweet tersebut dengan
menyuruh Zul Nordin “diam”.
Apabila
disokong oleh beberapa orang, Khairy pergi lebih jauh dengan mempertikaikan
tindakan Perdana Menteri memilih calon secara terbuka dalam laman Twitter.
Dalam “tweet” itu, beliau menyatakan
tidak pernah bersetuju dengan Datuk Seri Mohd Najib dalam pemilihan Zul Nordin
sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihan raya umum yang lalu.
Mykmu
dalam artikel Kematian Karpal Singh: Apa salah Zul Nordin Untuk Khairy Masuk
Campur? mempertahankan pandangan Zulkifli Nordin mengenai kematian Karpal Singh
yang disanggah oleh Khairy Jamaluddin.
Dalam
masa yang sama Ketua Wanita PKR, YB Zuraidah Kamarudin telah berjanji untuk
meneruskan perjuangan Karpal dan mendoakan beliau “Rest in Peace”. [Sayang Ahli
Parlimen Ampang Terhadap Karpal Melebihi Majlis Fatwa.]
Prof
Madya Dr Aznan Hasan, Pengerusi Majlis Ulama’ ISMA (MUIS) dilaporkan berkata:
"Merasa kegembiraan dengan kematian mereka yang memusuhi Islam (atau undang-undang Islam), apatah lagi dengan permusuhan dan penentangan yang terancang adalah warid di dalam sunnah. Menyamakan ini dengan penghormatan nabi keatas jenazah yahudi adalah suatu qiyas yang tidak tepat sama sekali. Yahudi tersebut adalah seorang yang tidak memerangi Islam, bahkan beliau merupakan seorang warganegara di dalam negara Islam Madinah. Dua perbezaan yang tidak boleh disamakan sama sekali. Apatah lagi untuk menyamakan beliau dgn Abu Talib. Subhanallah, di mana persamaannya?"
No comments :
Post a Comment