Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, April 9, 2014

SAMM Ugut Akan Gulingkan Kerajaan Malaysia



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) semakin biadap apabila bertindak mengugut kerajaan Malaysia untuk segera mengumumkan penangguhan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) walaupun rang undang-undang tersebut diluluskan dan mendapat sokongan di Dewan Rakyat.

Menurut Penyelaras Kebangsaan Sekreteriat GST SAMM, Mohd Faizal Ab Rahman, jika kerajaan enggan menangguhkan pelaksanaan tersebut, kerajaan bakal berdepan dengan demonstrasi besar-besaran yang mungkin akan menyebabkan kerajaan Malaysia tumbang pada 1 Mei ini.

"Sebagai kumpulan anak muda yang pertahankan rakyat, SAMM memberi kata dua untuk kerajaan mengumumkan penangguhan GST atau bakal berdepan lautan rakyat dalam satu deminstrasi gergasi," kata beliau dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media di bangunan parlimen, petang semalam.

Menurut Faizal lagi, SAMM menyokong pelaksanaan GST, tetapi Malaysia masih belum bersedia ke arah pelaksanaan GST diatas beberapa faktor yang mingkin akan membebankan rakyat. Antara faktor yang digunakan oleh SAMM untuk menangguhkan perlaksanaan sistem pencukaian GST ini antaranya ialah ketirisan melampau di dalam pentadbiran negara dan soal kos sara hidup dan kenaikan harga barang yang meningkat.

Faizal juga memberi kata dua kepada kerajaan dan Datuk Seri Najib supaya menangguhkan perlaksanaan GST sebelum 1 Mei 2014 jika tidak mahu berdepan dengan jutaan kemarahan rakyat dalam satu demonstrasi jalanan yang akan memalukan negara lagi nanti.

"Maka sebagai kumpulan anak muda yang pertahankan rakyat, SAMM memberi kata dua kepada kerajaan Malaysia supaya segera umum penangguhan perlaksanaan GST atau bakal berdepan lautan rakyat dalam satu demonstrasi gergasi pada 1 Mei 2014,"

-UtaraNews.com

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.