Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, April 9, 2014

Hebat! Regim DAP Pulau Pinang Bayar Pada Kontraktor RM1.43 juta Kerana Tak Kutip Sampah..


Tak buat kerja pun regim DAP bayaq …patutlah melayu pakatan Pulau Pinang sayang sangat kat Guan Eng.. zikir Guan Eng dengan telus..cekap..akauntabiliti… memang patut DAP menang besaq..sebab belanja pun wang besaq…
Kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir DAP perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung kelemahan dan penyelewengan seperti yang didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013, kata Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun (gambar).
Beliau berkata kegagalan Ketua Menteri Lim Guan Eng mengamalkan urus tadbir yang baik menghina konsep keupayaan, akauntabiliti dan ketelusan (CAT) yang cuba diterapkannya.
Saya tertanya-tanya sama ada polisi CAT masih diamalkan kerajaan negeri selepas enam tahun di bawah pimpinan Lim. 
Jika tidak, penyelewengan ini tidak akan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu melakukan siasatan dalaman dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak berkenaan daripada mengelak penyelewengan daripada berulang.

Chew yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang berkata menurut laporan Ketua Audit itu, Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Pulau Pinang yang dimiliki Majlis Agama Islam Pulau Pinang mempunyai 27 pensyarah tanpa permit.

Beliau juga berkata kontraktor Majlis Perbandaran Pulau Pinang juga gagal mematuhi kuota asas dalam pungutan sampah seperti yang tertera dalam kontrak, tetapi masih menerima bayaran bulanan berlebihan berjumlah RM1.43 juta.

Sementara itu pihak pengurusan Stadium Batu Kawan membayar RM25,000 antara 2011 dan 2012 untuk 31 projek tanpa mengeluarkan resit, katanya. – Bernama, 8 April, 2014

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.