Ahli
Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua mengecam kerajaan Malaysia
yang diterajui oleh Barisan Nasional yang didakwa menjadi penyebab
mengapa beliau dihalau dan dilarang daripada berucap di program
Persidangan Malaysia Summit Australia (MASA) 2014 yang akan
berlangsung di Australia nanti.
Beliau
mendakwa kerajaan Malaysia serta penaja-penaja program tersebut
sengaja menghalang beliau daripada berucap kerana takut
pelajar-pelajar Malaysia disana tahu akan kezaliman kerajaan Malaysia
kepada pemimpin-pemimpin pembangkang di Malaysia dengan pelbagai
fitnah dan tuduhan.
"Mereka
begitu takut dengan kehadiran pemimpin pembangkang untuk hanya satu
jam dalam program yang berlangsung sepanjang empat hari,"
katanya dalam perkongsian di laman sosial facebook rasmi beliau.
Tony
juga turut menyifatkan bahawa pihak penaja-penaja dan kerajaan
Malaysia sengaja mahu menutup minda pelajar-pelajar diluar negara
dari mengetahui perbuatan-perbuatan jahat kerajaan di Malaysia yang
dikatakan penyebab perpecahan kaum serta menggugat kestabilan
politik.
"Jelas
sekali penaja-penaja dari pihak kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh
mahu menutup minda pelajar-pelajar kita daripada mengetahui perbuatan
terkutuk mereka".
Beliau
juga mendakwa kerajaan Malaysia sentiasa mengawal pelajar-pelajar
Malaysia di Australia daripada bertemu dengan pemimpin-pemimpin
pembangkang yang membuat lawatan kesana. Ini menunjukkan betapa rakus
dan zalimnya kerajaan Malaysia sehinggakan mengongkong
pelajar-pelajar Malaysia disana.
Tony
berkata beliau akan tetap berada di Melbourne dalam tempoh program
tersebut dan akan mengadakan forum awam di sana pada 23 April nanti.
2 comments :
DAP perintah nanti terus tutup peluang bumiputera belajar ke luar negara...jangan tertipu dengan mereka ini.
Darah keturunan komunis bukan boleh percaya jangan tertipu agenda mereka. Ikut macam pribumi rakyat indonesia tak bagi muka kepada kaum pendatang. Rantau ini adalah hak rumpun kaum melayu bukan hak kaum pendatang cina.
Post a Comment