Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, September 16, 2014

AJAIB & MAGIC, KENAPA TBH MATI MAKLUMAT RASUAH DAP PUN MATI JUGA?

SIAPA SEBELAH TBH YANG KERISAUAN ITU?

Hari ini Kerajaan telah melakukan langkah mengejut apabila memberikan keadilan kepada keraguan keputusan terbuka mahkamah koroner dengan membuka semula kes untuk siasatan semula.

DAP terkejut! Ronnie LIu sangat-sangat terperanjat kerana dalam fikirannya kes Teoh Beng Hock sudah ditutup!


Kita jangan lupa dalam masa yang sama ada perlakuan rasuah yang mesti SPRM juga melengkapkan siasatannya. Kerana pembangkang hanya lihat satu pihak sahaja sebagaimana biasa. Hanya inginkan mana-mana yg berpihak kpd mereka sahaja.

Jangan buat benda Magic, dengan kematian TBH tiba-tiba semua maklumat yg didapati dari komputer dia turut mati.


Kenapa Ronie Liu tidak disiasat? Kenapa surat-surat arahan Ronnie Liu semasa menjadi Exco Selangor tidak disiasat dan tiada tindakan? 

Kerajaan Selangor sendiri pernah menyiasat Ronnie Liu dan Tee Boon Hock berkata “Dia memberitahu bahawa kesemua surat sokongan yang dia tandatangani untuk tujuan (sokongan) kontrak dilakukan atas arahan Liu,” (TMI) Benarkah Tee Boon Hock menyalahguna kepala surat Exco Ronnie Liu untuk mendapatkan konttrak-kontrak kerajaan negeri kepada 16 kroni Ronnie Liu, atau Ronnie Liu sendiri yang memberi kebenaran? 


Bagaimana dengan Ean Yong Hian Wah? Dia bersihkah?


Adakah maklumat di dalam Laptop dan Handphone TBH tidak boleh dikemukakan ke Makamah kerana pemilik telah mati??? Ajaib Ajaib Ajaib, Magic Magic Magic.

Berikan kepada kami menyiasatnya, berikan HP dan No HP TBH kami tahulah nak buat macamana untuk dapatkan semula maklumat di dalamnya? Bukan susah pun, daripada membiarkan DAP asyik menyalahkan Kerajaan dan mencuci tangan sahaja, orang Cina pun mahu tahu kebenarannya? Orang Cina pun mahu tahu DAP cakap betul kah cakap kelentong? 


Amacam? Kami pun menerima banyak emel dari pembaca Cina mahu tahu perkara yang sebenarnya? Mereka pun ragu-ragu kepada DAP? 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.