Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, September 20, 2014

DALANG GULINGKAN PRESIDEN PAS OLEH KUMPULAN ABU ( ASAL BUKAN ULAMAK) DIKENALPASTI ??




Muktamar Tahunan PAS ke-60 dikejutkan dengan pendedahan yang mendakwa wujud gerakan terancang untuk menggulingkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Lebih mengejutkan apabila gerakan berkenaan dikatakan turut didalangi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Perwakilan Kelantan, Ahmad Fadhil Shaari ketika mendedahkan maklumat itu berkata, dakwaannya itu disokong dengan bukti ramakan video mengenai perhimpunan gerakan berkenaan di Kota Baru baru-baru ini.

"Wujud anasir untuk turunkan presiden, ada satu perhimpunan di Kota Baru pada 31 Ogos lalu.

"Malah ada AJK PAS Pusat yang hadir. Saya ada rakaman. Kalau Pengerusi izinkan, saya boleh pasang...tapi panjang sangat. Perhimpunan itu menyebut tentang usaha untuk menjatuhkan presiden," katanya di sini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden ketika Muktamar Tahunan PAS ke-60 pada Jumaat.

PAS dilihat berhadapan masalah dalaman apabila wujud pertikaian mengenai kuasa eksekutif Abdul Hadi sebagai Presiden dalam menyatakan pendirian dan keputusan membabitkan kepentingan parti.

Isu berkenaan timbul apabila Abdul Hadi menyatakan pendirian bertentangan dengan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP berhubung pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor. mstar


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.