Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, September 18, 2014

KETUM KENA CILI! 4 ORANG DARI 30 BERIKRAR UNTUK SOKONG KHALID IBRAHIM SEBAGAI MB!


Keretakan Pakatan sudah memang tidak boleh disangkal lagi, dalam Mukatamar pun sudah nampak puak PAS tanpa segan silu sound pimpinan PKR dan DAP! Malah Hadi juga walau tidak sekeras mana tetap memberi amaran dont play-play kepada PKR dan DAP. Klik sini

Lagi best, blog Selangor Chronicle dedah sudah ada 4 orang dari 30 orang yang sokong nenek kipas menyatakan sokongan kepada Khalid:

Perkembangan terbaru membabitkan jawatan Menteri Besar Selangor, semakin menarik dan semakin berwarna-warni.

Setelah kegagalan memaksa DYMM Sultan Selangor untuk mengikut kehendak Anwar Ibrahim, PKR mula kendur dan DAP pula mula mengalihkan fokus. Apatah lagi, beberapa tindakan kerajaan menguatkuasakan Akta Hasutan, turut membantutkan usaha Pakatan Rakyat mewujudkan gelombang menyingkirkan dan memansuhkan sistem serta Institusi Raja Melayu di Selangor.

Pada masa yang sama, PAS menerusi Presidennya kekal menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, meskipun sekarang ini Khalid Ibrahim bukan lagi ahli PKR setelah dipecat kerana enggan memberikan laluan kepada Wan Azizah untuk merampas jawatan tersebut atas arahan Anwar Ibrahim. 

Sebelum ini, PKR dan DAP bertegas bahawa Khalid Ibrahim telah kehilangan sokongan apabila mereka menampilkan 30 Akuan Bersumpah daripada ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang menyokong Wan Azizah untuk jawatan Menteri Besar Selangor. 

Namun kini, muncul persoalan, walaupun 30 ADUN tersebut mengisytiharkan sokongan kepada Wan Azizah, tidak bermakna sebahagian besar daripada mereka menyokong penyingkiran Khalid Ibrahim daripada jawatan berkenaan. 

Penyingkiran Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar Selangor tidak boleh dilakukan menerusi Akaun Bersumpah, sebaliknya menerusi undi tidak percaya dan yang paling penting, PERKENAN DYMM SULTAN SELANGOR!

Selagi dua perkara tersebut tidak dapat dicapai, selagi itulah, Khalid Ibrahim akan terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor. 

Berita terbaru yang diterima ialah, empat orang daripada 30 ADUN penyokong Wan Azizah dikatakan telah mengisytiharkan kepada pihak istana bahawa mereka menyesal menandatangani akaun bersumpah dan sekiranya undi tidak percaya dibuat secara rahsia, mereka akan menyokong Khalid Ibrahim. 

Ini bermakna PKR dan DAP tidak lagi mempunyai 30 undi seperti yang mereka bangga-banggakan sebelum ini. Sebaliknya hanya 26. Mereka sebenarnya memerlukan sekurang-kurangnya 29 ADUN untuk tujuan penyingkiran Khalid. 

Sudah wujud khabar-khabar angin yang menyatakan DYMM Sultan Selangor akan memanggil kesemua 30 ADUN tersebut dan bertanya seorang demi seorang tentang pendirian mereka. 

Dengan petunjuk yang diberikan oleh PKR, DAP dan PAS membabitkan ketidaksepakatan mereka serta tidak lagi dalam keadaan konsensus sepertimana yang didakwa, DYMM Sultan Selangor sebenarnya tidak lagi perlu melihat Pakatan Rakyat sebagai satu bentuk kesatuan sebaliknya melihat kepada pendirian individu PKR, DAP dan PAS. 

Nama keempat-empat ADUN tersebut akan didedahkan tidak lama lagi.

Itu pendedahan blog berkenaan, ini bermakna, Khalid akan terus menjadi MB sebab dia mendapat sokongan penuh dari PAS dan 4 adun yang bakal membabikan Anwar! Siapa 4 orang tu masih menjadi misteri..sama-sama kita nantikan. 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.