Perwakilan baca doa
kutuk Mat Sabu, dua ADUN
Seorang perwakilan
di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang
mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN
parti itu di Selangor.
Dua ADUN yang
disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari
Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).
Perwakilan Wilayah
Persekutuan, Azhari Ariffin ambil kesempatan baca doa kutuk Mat Sabu & 2
ADUN
Dua ADUN tersebut
sebelum ini menyokong presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor yang
baru dalam pengakuan berkanun mereka.
Dalam doanya
sepanjang 25 minit itu, Azhari memanjatkan doa agar Mohamad Sabu tidak akan
mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau juga berkata
Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik
perumpamaan “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.
“Sekarang kita ada
dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat
beracun,” katanya dalam doa itu sambil menadah tangan.
"Ambil
tindakan displin kepada dua titik nila ini... Mereka yang khianat akan binasa,”
katanya lagi
Kebanyakan
perwakilan yang bersidang di bawah khemah besar di Parit Salleh Ros, Batu Pahat
itu (terperangkap?) dilihat turut menadah tangan.
Malah, ada juga
sebilangan para wartawan yang membuat liputan muktamar tersebut yang turut
menadah tangan.
Doanya yang
meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu
Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.
Ia turut
menimbulkan kemarahan wakil Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar, yang meluru ke
pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.
Beliau meminta
pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang
mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.
"Saya minta
pengerusi tetap membuat ketetapan, menghentam pemimpin dalam doa. Apakah ini
akhlak dalam jamaah Islam?
"Dan
kawan-kawan wartawan yang bukan Islam, masing-masing tertanya apakah ini agama
yang diajar dalam Islam.
"Kenapa kita
perlu mempergunakan agama? Datangkan hujah sepatutnya," katanya sebelum
seorang anggota Unit Amal muncul dan turut mematikan mikrofon tersebut.
Kata-katanya itu
turut disambut dengan sorakan dari sekumpulan individu di bahagian belakang
dewan tersebut.
Pengerusi tetap
seterusnya cuba mengawal keadaan dengan meminta anggota perwakilan bertenang.
"Tenang
muktamar. Kalau tidak kita pakat balik semua," katanya tanpa membuat
sebarang ketetapan dan mempersila pewakilan seterusnya berbahas.
Mari Kita Tengok
Adegan Geng UG di Muktamar..
1.Mula Mula Dia Doa
Laknat ( Wakil Wilayah Persekutuan tapi Org Terengganu), mula2 Doa org angkat
tangan ..last sekali kena Boo... dah mcm Ayatullah..
2.Lepas Tu
dikatakan Ustaz Ridzuan Tunggu Belakang , Pergi ke Pentas..Sound Wakil Wilayah
Buat Doa Laknat.. takde Akhlak Islam..Cabar si Wakil Wilayah yg dah Cabut...
3. Unit Amal Upahan
UG Terengganu Cover Line.. Rampas microfon dari cabaran Ustaz Ridzuan
Berhujjah..
p/s Ustaz Ridzuan
dikepung, ditarik Mikrofon dan dihalau oleh gangster Unit Amal yg diimport dari
Terengganu dan Selangor !! Bukan semua Unit amal jahat.. Tapi ni special import
punya.. Padehal Pengerusi tetap tak bagi arahan pun.. Masa pengerusi tetap tegur
geng UG Doa Laknat, takde pulak Unit amal cabut Mic.. -ipohmali
ULASAN GB
Camkanlah, dari
dulu golongan yang mengaku diri mereka pro-ulama ini memang golongan yang
melampau batas.
Semasa muktamar
tahun lalu, di dalam pemilihan Ketua Pemuda, golongan pro-ulama ini pernah
meletakkan gambar anjing kepada calon yang tidak disukai oleh mereka malah
menggelar Mat Sabu sebagai "Bapa Anjing".
Meletakkan namanya
sebagai "Ulama Pemimpin Kami". Betulkah ulama mengajar mereka
berkelakuan demikian?
Walaupun Setiausaha
Agung PAS berjanji untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang melampua batas
itu, tetapi sehingga sekarang ianya senyap begitu saja.
Kemudian di dalam
muktamar tahun ini, mereka bertindak meninggalkan dewan semasa Timbalan
Presiden berucap.
Malah jika kita
kita melihat dan meneliti tulisan-tulisan dan komentar-komentar golongan
pro-ulama ini di dalam media sosial, mereka menggunakan kata nista dan memaki
serta mencaci golongan yang bertentangan dengan mereka. Mereka memberikan
gelaran-gelaran buruk kepada lawan mereka seperti "Anwarinas"
(gelaran yang dipopularkan oleh Zulkifli Nordin yang telah dipecat dari PAS,
ditujukan kepada golongan progresif di dalam PAS) dan pelbagai gelaran buruk
yang lain.
Ironinya mereka ini
mengaku mereka pendokong pro-ulama dan kumpulan yang menyokong "Presiden
& MSU" tanpa memperdulikan akhlak buruk dan perbuatan dosa mereka
melakukan demikian.
Dan hari ini
kumpulan yang sama membaca doa mengutuk pula ke atas kumpulan yang tidak mereka
sukai walaupun sesama ahli jemaah.
Mereka ketandusan
hujjah, lalu memilih jalan singkat untuk melepaskan geram dengan mencaci maki
yang pada mereka halal belaka. Kita ingin mengingatkan mereka bahawa Allah
tidak suka kepada mereka yang melampaui batas. Terdapat 41 kali disebutkan di
dalam Al-Quran menyebut bahawa Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui
batas. Doa laknat yang mereka bacakan itu akan kembali kepada mereka sendiri.
Credit : Kelab Greenboc
No comments :
Post a Comment