1.
Saya baru sahaja menonton sekali lagi youtube yang dibuat oleh
Pakatan Haram (PKR-DAP-PAS) dimana Rafizi Ramli memberitahu mengenai
menurunkan harga kereta.
2.
Menontonn video tersebut, membuatkan saya terkilan dengan sikap suka
menipu yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. Sememangnya, sudah banyak
penipuan yang dibuat mereka, dan kini mereka masih terus menipu.
3.
Mungkin mereka ingat rakyat begitu bodoh untuk mempercayai mereka.
Tetapi mereka lupa, bahawa rakyat Malaysia tidak bodoh dan tidak
mudah tertipu dan terpedaya. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang suka
berfikir dan mengutamakan kebenaran.
4.
Video menurunkan harga kereta tersebut mempunyai beberapa penipuan
yang terlalu besar. Untuk menunjukkan impak tindakan menghapuskan
cukai, mereka menipu dari segi harga sebelum dan selepas penghapusan
cukai.
5.
Dalam video tersebut, Rafizi memberi 3 contoh harga kereta iaitu
kereta Myvi, kereta Honda Civic dan kereta Toyota Camry. Beliau
membuat pengiraan mudah dengan menolak peratusan cukai eksais dan
cukai jualan dari harga-harga kereta tersebut yang sebenarnya adalah
satu cara pengiraan yang salah.
6.
Untuk melihat harga-harga kereta ini tanpa cukai, kita hanya perlu
merujuk kepada harga yang dijual di kawasan bebas cukai seperti Pulau
Langkawi ataupun Pulau Labuan. Tempat-tempat ini adalah bebas cukai,
dan tiada sebarang cukai dikenakan terhadap kereta-kereta yang
dijual. Saya akan menggunakan harga-harga ini untuk menunjukkan
kesilapan yang dibuat oleh Rafizi.
Rajah:
Perbezaan harga sebelum dan selepas cukai dengan harga yang disebut
oleh Rafizi
7. Kesalahan
paling utama Rafizi Ramli adalah apabila beliau mengatakan harga Myvi
selepas penghapusan cukai adalah RM 21,140 !!! Mungkin beliau cuba
menipu rakyat dengan mengatakan melalui penghapusan cukai, rakyat
akan mampu beli kereta tetapi pada hakikatnya tidak. Harga Myvi di
Langkawi tanpa sebarang cukai adalah RM 37,942.55 dan harga dengan
cukai (di Semenanjung) adalah RM 41,924.30. Perebezaanya adalah lebih
kurang RM 4,000.00 . Ini menunjukkan kereta Nasional hanya dikenakan
cukai jualan (10%) di semenanjung dan tidak dikenakan cukai eksais
(75%) seperti yang disebut Rafizi. Begitu juga dengan kereta Proton.
Harga Preve di Langkawi dan Semenanjung hanya berbeza sebanyak RM 3k
- 4k sahaja.
8.
Oleh itu, walaupun dengan penghapusan cukai oleh PR, harga kereta
terendah (Proton dan Produa) adalah lebih kurang masih sama.
9.
Bagi kereta Honda Civic (1.8), harga di Langkawi (tanpa sebarang
cukai) adalah RM 77,980.00 dan bukannya RM 63,150 seperti yang
disebut Rafizi.
10.
Bagi kereta Toyota Camry (2.0) pula, harga di Langkawi (tanpa
sebarang cukai) adalah RM 97.015.40 dan bukannya RM 71,000 seperti
yang disebut Rafizi.
11.
Perbezaan yang sedikit bagi kereta-kereta seperti Toyota dan Honda
yang dikenakan duit eksais dan cukai jualan ini adalah kerana harga
yang dikenakan duti dan cukai bukanlah dari harga jualan, tetapi dari
harga asal(kos) yang diistiharkan oleh syarikat kereta.
12.
Melihat kepada harga-harga selepas penghapusan cukai, kemampuan
rakyat tidak akan berubah. Beban hutang rakyat juga tidak akan
berubah.
13.
Sekiranya sebelum penghapusan cukai, kemampuan seseorang
adalah membeli kereta yang bernilai RM 40K, selepas penghapusan,
kemampuan beliau masih sama iaitu membeli kereta bernilai RM40K. Oleh
itu, beliau masih mampu membeli Perodua Myvi sepertimana kemampuan
beliau sebelum penghapusan cukai. Sekiranya sebelum ini,beliau
terpaksa mengambil loan selama 9 tahun untuk beli Myvi ini, selepas
penghapusan cukai,, beliau masih lagi perlu mengambil loan selama 9
tahun untuk beli kereta yang sama. Tiada perbezaan.
14.
Sekiranya, sebelum penghapusan cukai, kemampuan membeli kereta
seseorang adalah RM 60k-70k dan beliau perlu mengambil loan selama 9
tahun untuk membeli kereta ini, maka selepas penghapusan cukai,
kemampuan beliau masih sama iaitu kereta bernilai RM 60k-70k dan
beliau masih memerlukan loan 9 tahun untuk membelinya. Mungkin yang
berbeza adalah model kereta. Kalau sebelum ini, beliau boleh beli
Preve (yg berharga dalam RM60k-R70K), maka selepas ini, mungkin
beliau boleh membeli Toyota Vios (yg berharga lebih kurang sama).
Tetapi, Proton Preve mempunya ciri-ciri keselamatan dan spesifikasi
yang jauh lebih tinggi dari Toyota Vios. Walauapapun, kemampuan dan
beban hutangnya masih sama dan tidak berkurang.
15.
Seperti yang telah saya tulis sebelum ini di
sini,
penghapusan cukai kenderaan ini sebenarnya lebih menguntungkan orang
kaya dan tidak menguntungkan golongan miskin. Kemampuan
mereka yang berpendapatan rendah masih sama, beban hutang mereka
masih sama. Bagi
orang kaya, kalau sebelum ini, mereka hanya mampu memandu Mercedes C
class, mungkin selepas ini mereka boleh memandu Mercedes E class.
16.
Disamping itu, penghapusan cukai ini mengurangkan pendapatan kerajaan
(tiada negara di dunia yang tidak mengenakan cukai kenderaan), dan
kononnya hasil kerajaan boleh ditebus melalui lelongan AP pula adalah
tidak tepat dan salah. Bagi mereka yang berfikir, mereka boleh
melihat kesalahan (mungkin disengajakan) dalam pengiraan lelongan AP
yg dibuat Rafizi. Tambahan pula, AP ini mungkin tidak laku dan hasil
yang dijangkan tidak menjadi kenyataan. Kebanyakan negara mengenakan
cukai terhada kenderaan. UK mengenakan 20% VAT, US mengenakan cukai
mengikut states, Thailan mengenakan cukai lebih kurang 30%, Australia
juga mengenakan cukai atau levi.
17.
Apabila pendapatan kerajaan berkurang, perbelanjaan yang lain seperti
pemberian subsidi dan perbelanjaan infrastruktur termasuk yang
membantu golongan miskin akan terjejas. Akhirnya, kesan terhadap
golongan miskin dan berpendapatan rendah semakin buruk. Sudahlah
penghapusan cukai lebih menguntungkan golongan kaya dan tidak memberi
impak kepada golongan miskin, malah tindakan ini juga bakal
menjejaskan pembangunan lain yang boleh membantu golongan yang
memerlukan ini.
18.
Kepada Pakatan Rakyat, janganlah lagi membodohkan rakyat dengan cara
menipu seperti ini. Ingat, Rakyat Malaysia tidak bodoh, dan mereka
mampu berfikir untuk menolak penipuan-penipuan anda.
No comments :
Post a Comment