Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, September 20, 2014

PERWAKILAN PAS SENDIRI SAHKAN KERAJAAN DAP PRO PEMAJU DARIPADA RAKYAT


Tindakan perwakilan PAS P.Pinang Iszuree Ibrahim yang juga Ahli Majlis MPPP   mendedahkan kerajaan DAP diketuai  Guan Eng lebih mesra kepada pemaju perumahan berbanding kepentingan rakyat di Muktamar PAS  pastinya  telah membuka tembelang sebenar .

Sebelum ini hanya  UMNO P.Pinang dan agensi kerajaan Persekutuan  yang sering bersuara membidas sikap kerajaan DAP yang tidak meluluskan pembinaan rumah mampu milik untuk keperluan rakyat . klik di sini

Iszuree yang juga Ahli Majlis tentu tahu akan  perkara sebenar berlaku  di dalam MPPP dan kenapa projek perumahan mampu milik tidak diluluskan dan projek kondominium dan rumah banglo mewah yang mesra pemaju diluluskan .

Kita tunggu apa kata macai -macai DAP yang sudah tentunya akan pertahankan  Guan Eng ini






http://www.mppp.gov.my/web/guest/profilahlimajlis








Perwakilan Pulau Pinang Izuri Ibrahim berkata beliau bimbang kerana kerajaan negeri pimpinan DAP itu lebih cenderung memihak kepada pemaju perumahan daripada membela nasib rakyat negeri itu.

Beliau mendakwa kerajaan negeri itu gagal menyedia dasar perumahan yang prorakyat dalam menangani masalah perumahan, sebaliknya lebih propemaju seperti yang diamalkan BN.

"PAS Pulau Pinang tidak menentang pembangunan pesat. Tetapi kita tidak bersetuju dengan pembangunan yang merugikan rakyat.

"PAS Pulau Pinang bimbang (situasi) terkini trend pemimpin (kerajaan negeri lebih) mesra pemaju daripada membela rakyat," katanya.

Menurutnya lagi harga sekaki tanah di Pulau Pinang kini mencecah antara RM300 hingga RM500 dan sebuah rumah kini mencecah jutaan ringgit,

"Itu tidak termasuk (pelaksanaan cukai) GST, ini akan membebankan rakyat," katanya.

Sehubungan itu, Izuri mendesak supaya PAS turut dilibatkan dalam proses merangka polisi perumahan di Pulau Pinang bagi mengemukan cadangan untuk pembangunan lestari di negeri itu.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.