Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, September 30, 2014

Balik Kampung Adalah Pilihan Terbaik Meskipun Azmin Beri Keutamaan Bekas Exco PAS Dilantik Sebagai Timbalan Speaker



Dalam kenyataan awal MB Selangor Azmin Ali berhubung pengurangan kerusi exco PAS dari 4 kepada 3, jawatan Timbalan Speaker, dengan keutamaannya ialah salah seorang dari 2 exco PAS yang digugurkan.

2 exco PAS yang digugurkan ialah Salllehen Mukhyi dan Dr Halimah Ali.

Ketika ini, jawatan Speaker disandang oleh wanita, iaitu Adun DAP Hannah Yeoh. Ini bermakna, peluang Halimah adalah tipis, mengambilkira masakan Speaker dan timbalannya kedua-duanya wanita.

Oleh itu pilihan kini terarah kepada Sallehen, yang pada masa yang sama adalah pemegang rekod sebagai exco yang paling singkat perkhidmatannya ( setahun 4 bulan) dalam sejarah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Namun begitu ada petanda menujukkan Sallehen enggan menerima jawatan tersebut.

Bayangan penolakan PAS terhadap perlantikan itu dibuat melalui kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, "Jika PAS menolak, ia kerana PAS mahu semua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang tidak dilantik menjadi exco berperanan sepenuhnya sebagai Adun di dalam Sidang Dewan Negeri dan tidak sibuk dengan tugas timbalan speaker,” lapor TMI.

Dalam kata lain, balik kampung ke Sabak Bernam yang jaraknya lebih 2 marhalah dari Shah Alam adalah lebih, dari menerima tawaran Timbalan Speaker dari Azmin


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.