Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, September 22, 2014

TAHNIAH AZMIN ALI JADI MENTERI BESAR SELANGOR YANG BARU... SELAMAT TINGGAL PKR DAN DAP DI SELANGOR!!!


Azmin Ali sedang dikesan melaksanakan rehearsal angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor di Istana Selangor. Gambar-gambar dia sedang melakukan 'latihan' sebelum upacara angkat sumpah esok, sudah tersebar dan sedang viral di Facebook.

PKR pula masih lagi terkial-kial untuk menghadap DYMM Sultan Selangor bagi membolehkan mereka melaksanakan misi memujuk dan memaksa DYMM Sultan Selangor menerima Wan Azizah sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.

Manakala DAP pula dilihat kelam-kabut kerana hubungan mereka dengan Azmin Ali tidak begitu baik.

PAS Selangor, khususnya yang masih wala' kepada pucuk pimpinan dan Majlis Syura Ulama PAS sudah bersedia untuk melakukan anjakan besar bagi membolehkan mereka menjadi pemain utama politik Selangor. Sebagai penyokong tegar Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar Selangor, PAS juga pada masa yang sama, telah melakukan sesuatu yang akan memantapkan parti itu dalam politik Selangor.

PKR sudah pun memecat Khalid Ibrahim daripada keahlian parti tanpa melakukan proses yang sah, bahkan lebih bersifat sebagai dendam peribadi apabila Khalid Ibrahim enggan berkompromi untuk meletakkan jawatan dan memberi laluan mudah kepada Wan Azizah.

Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden PKR telah lama mengatur pergerakan dan rancangan untuk jawatan tersebut. Walaupun tidak begitu menonjol, tetapi pergerakan Azmin Ali sudah lama dicium.

PKR tahu, Azmin Ali mempunyai jumlah pengikut yang jauh lebih ramai berbanding Wan Azizah yang hanya bergantung kepada simpati, air mata, kipas Cina dan sarung tangan putih. Cubaan untuk menyingkirkan Azmin Ali telah dibuat terutama dengan menggunakan Chegu Bard dan Rafizi Ramli serta Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin, bekas kroni kuat Azmin Ali.

Kini telah terbukti, perancangan yang dibuat oleh Azmin Ali jauh lebih menarik dan berwarna warni serta licik berbanding Kajang Move ciptaan Rafizi Ramli.

Azmin telah bersedia untuk dikenakan tindakan kerana mematuhi DYMM Sultan Selangor dengan pengaturan formula berikut:

AZMIN ALI + UMNO + PAS (- 2 ADUN) + 5 ADUN PKR = MAJORITI!!! 


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.