Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, September 20, 2014

Peruntukan Jalan Pas Kebas, Kemudian Salahkan UMNO Tak Beri Peruntukan

Walaupun ramai pemimpin dan pengikutnya berjubah, berkepiah lebai dan berjanggut, namun kalau berjanji 10 perkara 15 tak boleh pakai.

Dah berjanji tak tahu nak tunaikan janji. Lepas tu tuduh kerajaan BN zalim.

Rakyat Kelantan selalu dimomokkan PAS kononnya kerajaan BN zalim kerana menafikan hak rakyat. Rakyat ditindas dan peruntukkan di sekat.

Mitos-mitos dan dongengan Israeliyat mengenai 'kekejaman' BN dimainkan oleh para penceramah PAS setiap kali ceramah disusuli dengan impian untuk menawan Putrajaya...sambil-sambil tin-tin milo dan supik-supik beredaran menagih derma rakyat.

Hakikatnya siapa yang zalim sebenarnya?

Laporan Ketua Audit Audit Negara 2011 sebelum ini menegur Kerajaan PAS Nik Aziz kerana hanya menggunakan 42.9% atau RM111.32 juta daripada RM259.73 juta pemberian bajet penyelenggaraan kerajaan negeri daripada Kerajaan Persekutuan untuk tempoh 2009 -2011. 

Selebihnya disimpan untuk ditonjolkan kepada rakyat kononnya kerajaan Nik Aziz berjaya menjimatkan wang kerajaan, hasil bumi kononnya bertambah maka hasil perbendaharaan pun bertambah...

Rakyat melopong melihat 'kehebatan' kepimpinan ulama. Walhal itu semua pembohongan dan taqiyah semata-mata.


Untuk rekod, pada tahun 2010, Kelantan menerima peruntukkan sebanyak RM87 juta, tahun 2011 (RM101 juta), 2012 (RM133 juta) dan 2013 (RM179 juta). Kesemuanya untuk projek penyelenggaraan jalan raya. 

Tapi kemanakah perginya kesemua peruntukkan tersebut sedangkan banyak jalan di daerah-daerah masih berlubang-lubang?

Belum sempat tampal jalan, dah sibuk lancarkan lebuhraya rakyat. Duit rakyat dikutip lagi tanpa diaudit. 

Tetiba baru-baru ini dirasmikan lagi lebuhraya yang pernah dilancarkan dahulu...duit rakyat ditagih lagi. 

Huh hebat sandiwara, rakyat kena tipu lagi. Duit ntah ke mana sedar-sedar pemimpin bertukar kereta baru, bini baru, rumah baru...  


Kini demi memenangi PRK Pengkalan Kubor PAS buat sekian kalinya menabur janji baru untuk membina sebuah jambatan dua lorong di kampung Teluk Jering yang dituntut penduduk sejak 40 tahun lalu. 

Disalahkan juga kerajaan Pusat dan wakil BN sebelumnya kononnya tak memberi peruntukkan walhal 24 tahun PAS memerintah, berjuta ringgit wang peruntukkan boleh diambil dari kewangan negeri namun gagal dilaksanakan pemerintahan PAS.

Sebab apa PAS gagal bina sebelumnya?...Sebab tak amanah, duit lari ke tempat lain.

Peringatan Rasulullah s.a.w antara sifat-sifat munafik itu ialah apabila bercakap ia bohong, apabila berjanji ia mungkir, apabila dia berbalah dia melampaui batas dan apabila diberi amanah ia khianat.

Ciri-ciri ini banyak dalam jiwa pemimpin-pemimpin PAS. Maka perlukah rakyat di Pengkalan Kubor memberikan amanah dan kedudukan kepada parti dan pemimpin sebegini? 






No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.