Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, April 11, 2014

Giliran Tony Pua DIHALAU Di Australia!!!


Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua mengecam kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional yang didakwa menjadi penyebab mengapa beliau dihalau dan dilarang daripada berucap di program Persidangan Malaysia Summit Australia (MASA) 2014 yang akan berlangsung di Australia nanti.

Beliau mendakwa kerajaan Malaysia serta penaja-penaja program tersebut sengaja menghalang beliau daripada berucap kerana takut pelajar-pelajar Malaysia disana tahu akan kezaliman kerajaan Malaysia kepada pemimpin-pemimpin pembangkang di Malaysia dengan pelbagai fitnah dan tuduhan.

"Mereka begitu takut dengan kehadiran pemimpin pembangkang untuk hanya satu jam dalam program yang berlangsung sepanjang empat hari," katanya dalam perkongsian di laman sosial facebook rasmi beliau.

Tony juga turut menyifatkan bahawa pihak penaja-penaja dan kerajaan Malaysia sengaja mahu menutup minda pelajar-pelajar diluar negara dari mengetahui perbuatan-perbuatan jahat kerajaan di Malaysia yang dikatakan penyebab perpecahan kaum serta menggugat kestabilan politik.

"Jelas sekali penaja-penaja dari pihak kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh mahu menutup minda pelajar-pelajar kita daripada mengetahui perbuatan terkutuk mereka".

Beliau juga mendakwa kerajaan Malaysia sentiasa mengawal pelajar-pelajar Malaysia di Australia daripada bertemu dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang membuat lawatan kesana. Ini menunjukkan betapa rakus dan zalimnya kerajaan Malaysia sehinggakan mengongkong pelajar-pelajar Malaysia disana.

Tony berkata beliau akan tetap berada di Melbourne dalam tempoh program tersebut dan akan mengadakan forum awam di sana pada 23 April nanti.


2 comments :

Anonymous said...

DAP perintah nanti terus tutup peluang bumiputera belajar ke luar negara...jangan tertipu dengan mereka ini.

Anonymous said...

Darah keturunan komunis bukan boleh percaya jangan tertipu agenda mereka. Ikut macam pribumi rakyat indonesia tak bagi muka kepada kaum pendatang. Rantau ini adalah hak rumpun kaum melayu bukan hak kaum pendatang cina.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.