Ada-ada
saja.Kerajaan pusat guna tema 'Malaysia, Sehati Sejiwa' sebaliknya
kerajaan DAP Pulau Pinang nak pakai tema 'Bersih,Cekap,Amanah' untuk
perayaan Hari Kemerdekaan.
Tengok kiri tengok kanan depan
belakang,Jjngan marah kalau ada yang rasa apa lagi tujuan kalau
bukan nak main politik dan buat bising cetus kontroversi menjelang
NGO puak pembangkang nak anjur himpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30
Ogos ini.
Ramai yang bertanya sejak bila DAP tiba-tiba jadi
peminat slogan ciptaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
yang diguna pada awal pentabirannya dulu.
Siapa yang boleh
tolak andaian minat itu didorong adanya perkataan 'Bersih' pada
slogan itu dan senario politik semasa.
Ada juga yang melihat
'jarum' cukup halus pada isu slogan ini dalam konteks timingnya
sekarang.Macamlah tidak ada slogan lain.
Secara tidak
langsung ia boleh mengambarkan seolah semua sekolah menyokong
perhimpunan anti- kerajaan itu.Dalam pada itu nama Dr Mahathir cuba
diheret menerusi pengunaan slogan itu.
Jangan lupa ada juga
perkataan 'Amanah' di situ.Bukankah kelak parti baru yang hendak
didaftar oleh geng PAS dalam Gerakan Harapan Baru hendak dinamakan
Amanah.
Pejabat Pelajaran Pulau Pinang sudah keluarkan
pekeliling arah semua sekolah di negeri itu tidak menyertai perayaan
Kemerdekaan dianjur oleh kerajaan negeri.
Ikut Pengarah
Pelajaran Negeri,Osman Hussain ini kerana tema 'Bersih' yang nak
dipakai kerajaan negeri bertentangan dengan tema kerajaan
pusat.
Lawaknya pengerusi jawatankuasa penganjur perayaan
kemerdekaan negeri Law Choo Kiang meminta pejabat pelajar bersikap
profesional dalam soal ini.
Dia meminta jangan jejas hubungan
baik kerajaan negeri dengan sekolah-sekolah.
Sebaliknya siapa
agaknya yang tidak profesional cuba main politik dengan murid
sekolah dan guru guna tema perayaan kemerdekaan?
Ketua
Menteri Lim Guan Eng tetap nak pertahan pengunaan slogan
'Bersih,Cekap,Amanah'.
Katanya kerajaan negeri akan ambil
tindakan jika pengunaan slogan itu tidak dibenarkan.
Timbalan
Ketua Menteri II Dr P. Ramasamy cuba bagi alasan jangan samakan
slogan itu dengan gerakan Bersih.
Katanya sejak tujuh tahun
lampau kerajaan negeri mengunakan tema lain dari kerajaan pusat
untuk perayaan kemerdekaan.
Sementara itu Menteri Pelajaran
Datuk Seri Mahadzir Khalid yang mengulas isu berkenaan menegaskan
sepatutnya satu tema saja harus digunakan oleh seluruh rakyat
Malaysia untuk perayaan kemerdekaan.
Katanya," Ini
adalah hari kemerdekaan.Kita smeua rakyat Malaysia tida harus
bergaduh keatas perayaan ini.Lebih baik ikut tema yang ditetapkan
oleh kerajaan pusat."
Beliau menegaskan arahan larangan
kepada semua sekolah di Pulau Pinang daripada menyertai sambutan
Hari Kebangsaan 2015 anjuran kerajaan negeri, kekal sehingga
sebarang keputusan dimaklumkan kelak.
Pengerusi Majlis
Tindakan Persekutuan Datuk Zainal Abidin Osman yang juga Pengerusi
Perhubungan UMNO negeri kata perayaan kemerdekaan harus fokus kepada
perpaduan dan solidariti dna bukan dipolitikan.
Tahun lalu
kontroversi timbul bila anggota pasukan Peronda Sukarela Pulau
Pinang (PPS) yang diisytihar pertubuhan itu menyalahi undang-undang
oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyertai perbarisan di Hari
Kemerdekaan peringkat negeri itu. Seterusnya
Ada-ada
saja.Kerajaan pusat guna tema 'Malaysia, Sehati Sejiwa' sebaliknya
kerajaan DAP Pulau Pinang nak pakai tema 'Bersih,Cekap,Amanah' untuk
perayaan Hari Kemerdekaan.
Tengok kiri tengok kanan depan belakang,Jjngan marah kalau ada yang rasa apa lagi tujuan kalau bukan nak main politik dan buat bising cetus kontroversi menjelang NGO puak pembangkang nak anjur himpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini.
Ramai yang bertanya sejak bila DAP tiba-tiba jadi peminat slogan ciptaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang diguna pada awal pentabirannya dulu.
Siapa yang boleh tolak andaian minat itu didorong adanya perkataan 'Bersih' pada slogan itu dan senario politik semasa.
Ada juga yang melihat 'jarum' cukup halus pada isu slogan ini dalam konteks timingnya sekarang.Macamlah tidak ada slogan lain.
Secara tidak langsung ia boleh mengambarkan seolah semua sekolah menyokong perhimpunan anti- kerajaan itu.Dalam pada itu nama Dr Mahathir cuba diheret menerusi pengunaan slogan itu.
Jangan lupa ada juga perkataan 'Amanah' di situ.Bukankah kelak parti baru yang hendak didaftar oleh geng PAS dalam Gerakan Harapan Baru hendak dinamakan Amanah.
Pejabat Pelajaran Pulau Pinang sudah keluarkan pekeliling arah semua sekolah di negeri itu tidak menyertai perayaan Kemerdekaan dianjur oleh kerajaan negeri.
Ikut Pengarah Pelajaran Negeri,Osman Hussain ini kerana tema 'Bersih' yang nak dipakai kerajaan negeri bertentangan dengan tema kerajaan pusat.
Lawaknya pengerusi jawatankuasa penganjur perayaan kemerdekaan negeri Law Choo Kiang meminta pejabat pelajar bersikap profesional dalam soal ini.
Dia meminta jangan jejas hubungan baik kerajaan negeri dengan sekolah-sekolah.
Sebaliknya siapa agaknya yang tidak profesional cuba main politik dengan murid sekolah dan guru guna tema perayaan kemerdekaan?
Ketua Menteri Lim Guan Eng tetap nak pertahan pengunaan slogan 'Bersih,Cekap,Amanah'.
Katanya kerajaan negeri akan ambil tindakan jika pengunaan slogan itu tidak dibenarkan.
Timbalan Ketua Menteri II Dr P. Ramasamy cuba bagi alasan jangan samakan slogan itu dengan gerakan Bersih.
Katanya sejak tujuh tahun lampau kerajaan negeri mengunakan tema lain dari kerajaan pusat untuk perayaan kemerdekaan.
Sementara itu Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahadzir Khalid yang mengulas isu berkenaan menegaskan sepatutnya satu tema saja harus digunakan oleh seluruh rakyat Malaysia untuk perayaan kemerdekaan.
Katanya," Ini adalah hari kemerdekaan.Kita smeua rakyat Malaysia tida harus bergaduh keatas perayaan ini.Lebih baik ikut tema yang ditetapkan oleh kerajaan pusat."
Beliau menegaskan arahan larangan kepada semua sekolah di Pulau Pinang daripada menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2015 anjuran kerajaan negeri, kekal sehingga sebarang keputusan dimaklumkan kelak.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Datuk Zainal Abidin Osman yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kata perayaan kemerdekaan harus fokus kepada perpaduan dan solidariti dna bukan dipolitikan.
Tahun lalu kontroversi timbul bila anggota pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) yang diisytihar pertubuhan itu menyalahi undang-undang oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyertai perbarisan di Hari Kemerdekaan peringkat negeri itu. Seterusnya

No comments :
Post a Comment