Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, August 19, 2015

BOHONG TAHAP DEWA | 'DAP TAK pernah TERIMA SATU SEN pun DANA ASING' - Lim Kit Siang




Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mendakwa bahawa parti itu tidak pernah menerima satu sen pun dana asing sejak penubuhannya.

Beliau menegaskan demikian selepas menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan jumlah dana asing yang diterima oleh Umno dan BN semasa kempen pilihan raya umum lepas.

"DAP tidak pernah menerima satu sen pun dana asing sejak lima dekad perjuangan politik kami untuk demokrasi dan keadilan di Malaysia," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, jika DAP telah menerima hanya satu ringgit pun  dana asing, mereka akan dituduh sebagai ejen dan alat kuasa asing.

Menurut Lim lagi, Najib menerima RM2.6 bilion dana asing untuk pilihan raya umum lepas.


Selain Najib, Lim juga mahu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan berapa banyak dana asing yang mereka terima bagi pihak BN bagi setiap pilihan raya umum dari 1982 hingga 2008.


Sementara itu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak menafikan dakwaan partinya menerima dana politik daripada, George Soros dan beliau sekadar ketawa dan merasa ia hanya membuang masa untuk dilayan dengan memberi jawapan apabila diajukan pertanyaan oleh media tentang dakwaan tersebut.

Baru-baru ini Datuk Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional mendakwa Parti DAP telah menerima sumbangan dana politik daripada pedagang mata wang antarabangsa, George Soros.

Rahman juga mendakwa yang parti-parti pembangkang telah menerima sumbangan dana daripada sebuah organisasi yang berpusat di Amerika syarikat iaitu National Endowment for Democracy (NED).

Apa yang menghairankan apabila pemimpin DAP seperti Tony Pua dan Lim Kit Siang kelihatan hipokrit dalam mendesak Dato’ Seri Najib Tun Razak mendedahkan sumber pembiayaan politik bagi BN dan UMNO, sedangkan pembangkang menentang cadangan supaya sumber dana setiap parti politik diisytiharkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jumlah sumber kewangan pembangkang yang mengalir masuk bagi membiayai kepentingan politik pembangkang didakwa bernilai puluhan billion ringgit dan sumber terbesar sumber kewangan tersebut adalah daripada luar negara.

Kemampuan Parti DAP memiliki ibu pejabat parti bernilai jutaan ringgit di Pulau Pinang dalam tempoh dua tahun Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri juga menjadi tanda tanya dari manakah sumber kewangan mereka. Malah kemampuan pembangkang mengeluarkan bajet yang besar pada pilihan raya kecil dan menggerakkan jentera pilihan raya secara besar-besaran menjadi persoalan jika tidak melalui dana politik yang besar.


1 comment :

Anonymous said...

hahaha..jom kita gelak guling2..lancau lu la..

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.