Baru-baru
ini, negara dikejutkan dengan satu video ugutan kononnya dibuat oleh kumpulan
hacker terkemuka 'Anonymous' yg mahu menyerang sistem laman web dan pengkalan
data milik kerajaan... video berdurasi 8 min itu antara lainnya mempersoal
pentadbiran YAB DS Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia khususnya
berhubungkait dgn isu 1MDB dan wang 'derma' RM2.6BIL...
Mereka
mensasarkan beberapa laman web milik agensi2 utama kerajaan termasuk SPRM, 1MDB
dan beberapa lagi... mereka mengugut akan mulakan serangan siber antara 29, 30
atau 31 Ogos ini, kebetulan masa yang hampir sama dengan demostrasi jalanan
yang akan dianjurkan oleh BERSIH 4.0...
Dalam
video tersebut juga mereka mendesak agar Najib meletak jawatan sebelum 31 Ogos,
jika mahu serangan ini dibatalkan... mereka juga turut menyeru seluruh ahli
kumpulan 'Anonymous' dari seluruh dunia agar bersama-sama menyertai mereka...
Jom
kita tonton dulu video pertama ugutan yang telah dibuat oleh kumpulan ini...
Susulan
daripada tersebarnya video ugutan ini, pihak polis dengan kerjasama Interpol
yang berpengalaman mengendalikan kes seperti telah membentuk satu jawatankuasa
dan memulakan siasatan... pihak polis tidak menolak kemungkinan ugutan ini
mempunyai hubung kait dengan demostrasi BERSIH 4.0 yang akan diadakan pada
hujung bulan ini...
Untuk
rekod, beberapa kes serangan siber telah berlaku di negara ini membabitkan
beberapa kementerian dan agensi kerajaan... terbaru adalah serangan ke atas
laman media sosial milik PDRM... polis percaya pihak yg membuat ugutan kali ini
adalah merupakan kumpulan yang sama yg telah menyerang laman FB PDRM...
Pihak
penganjur Bersih 4.0 yang diwakili Maria Chin semalam menafikan mereka ada kena
mengena dengan penyebaran video ugutan tersebut... mereka juga menafikan
mengenali atau mempunyai hubung kait dengan kumpulan penjenayah siber
'Anonymous' ini...
Semalam,
satu lagi video telah dimuatnaik dan kali ini ia dipercayai dikeluarkan oleh
pihak 'International Anonymous'...
Jom
kita tonton pula video penafian yg dipercayai dibuat oleh kumpulan
'International Anonymous'...
Pihak
'International Anonymous' telah menafikan yang mereka terbabit dengan ugutan
yang telah dibuat sebelum ini... malah menurut mereka, mereka tidak berminat
untuk mencampuri urusan politik sesebuah negara yg mengamalkan demokrasi...
Dengan
tersebarnya video ini, secara tak langsung mengukuhkan lagi keyakinan pihak
polis bahawa dalang yang terlibat dengan ugutan siber ini datang dari dalam
negara Malaysia sendiri... malah tidak mustahil juga ia merupakan satu cara
meniup spekulasi negatif ke atas sistem keselamatan negara...
Mamu
sangat berharap agar pihak polis dengan kerjasama dan kepakaran pihak Interpol
akan dapat menjejak, mengenalpasti dan menangkap dalang yang berani mengugut
kerajaan Malaysia... ini adalah satu bentuk serangan alaf baru, tanpa perlu
mengangkat senjata... tapi kesannya mampu melumpuhkan seluruh sistem kerajaan
jika tidak ditangani sebaik mungkin... amat berpadanan untuk didakwa di bawah
akta Melancarkan Serangan Ke Atas YDP Agong seperti yang dikenakan ke atas
kumpulan Al-Maunah, sekiranya dalang utama berjaya diberkas...
Credit : MamuKarapoley
No comments :
Post a Comment