Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, August 13, 2015

VIDEO : Hanya Kerana Persepsi 1MDB Menjadi Isu Panas


VIDEO : Saksikan Arul #1MDB Kantoi Menipu!
Tonton Video Di Bawah Atau Klik - VIDEO


1. Oleh kerana disensasikan oleh media dan media sosial berkaitan hutang yang mencecah RM42bilion, maka isu 1MDB menjadi panas, malah dianalogkan bahawa Malaysia akan hancur kerana kehadiran syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut.

2. Entah apa dosa 1MDB sehinggakan dituduh sebagai biang kerok penurunan mata wang ringgit, sedangkan syarikat itu tidak mengalami kerugian dalam operasinya.

3. Malam tadi melalui TV3- CEO dan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu, 1MDB tidak berdepan dengan masalah membayar hutang yang berdenominator USD, kerana syarikat itu mempunyai aset dalam USD yang boleh digunakan untuk membayar hutang dalam USD.

4. Sesuai dengan rancangan rasionalisasi syarikat tersebut yang dikemukakan kepada Kabinet pada 29 Mei, di mana dalam tempoh 5-6 bulan syarikat itu akan melangsaikan keseluruhan hutangnya. Sebenarnya, kalau dilihat daripada segi operasi syarikat, tiada masalah besar yang boleh menjadikan syarikat itu merupakan punca kepada penyusutan ringgit sepertimana dakwaan berbagai pihak.

5. Oleh kerana 1MDB digambarkan dengan imej negatif, maka ianya menjadi punca kepada kekurang yakinan pelabur sehingga memaksa mereka membawa wang keluar daripada negara.

6. Sejak 1MDB diwar-warkan, aliran wang keluar daripada negara meningkat hampir 3 kali ganda berbanding Tahun 2014, kerana sepanjang Tahun lepas hanya RM6.7bilion wang mengalir keluar, sedangkan setakat Julai 2015 telah lebih RM17bilion di bawah keluar.

7. Para pelabur yang terpengaruh dengan sensasi 1MDB kerana gagal melihat asas kukuh yang dalam syarikat tersebut. Semua ini, hanya kerana laporan buruk terhadap syarikat tersebut bukan sahaja laporan dalam negara juga disokong oleh media antarabangsa.

8. Oleh kerana kegagalan mendalami urusniaga 1MDB sehinggakan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menjadikan syarikat tersebut sebagai faktor pendesak kepada Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan. Malah berbagai dakwaan dicipta, kononnya Perdana Menteri menggunakan wang daripada syarikat tersebut.

9. Melihat kepada jawapan-jawapan Arul melalui TV3 malam tadi, nampaknya urusniaga dalam 1MDB dalam keadaan baik dan terkawal.


10. Sayang sungguh, kerana ada pemimpin kanan parti terperangkap kerana kegagalan memahami perjalanan syarikat gergasi tersebut, sehingga terikut-ikut rentak pembangkang dan musuh-musuh barisan nasional.


Ikuti laporan Astro Awani di bawah :




Biarpun ekonomi negara kini berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk penyusutan nilai ringgit, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy tetap yakin syarikat pelaburan negara itu mampu melangsaikan hutangnya dalam tempoh enam bulan.

Keyakinan itu adalah berdasarkan aset-aset miliknya yang boleh dilupuskan, antara lain, RM16 bilion hingga RM20 bilion milik syarikat subsidari 1MBD, Edra Global Energy Bhd; RM16 bilion dalam International Petroleum Investment Company (IPIC), dan RM11 bilion hingga RM12 bilion dalam projek hab ekonomi Bandar Malaysia di ibu negara.

"Saya yakin tempoh masa yang diberikan Perdana Menteri untuk 1MDB melangsaikan hutang bersesuaian dengan keadaan masa syarikat dan pasaran semasa," jelas beliau dalam satu program temu bual 'Soal Jawab' di TV3 lewat Rabu.

1MDB, katanya, mempunyai aset yang kukuh dan syarikat itu juga mempunyai pelabur-pelabur tempatan dan luar negara yang berminat dengan jangka masa panjang pelaburan dalam 1MDB.

"Kira-kira 40 syarikat terkemuka daripada China, Australia dan Timur Tengah telah menunjuk minat dalam pembangunan Bandar Malaysia," kata Arul Kanda.

Jelasnya lagi, pelan rasionalisasi hutang 1MDB tidak akan terjejas disebabkan oleh penurunan nilai ringgit kerana syarikat itu memiliki aset dalam dolar Amerika Syarikat (AS) yang akan membolehkan ia membayar hutang luarnya dalam nilai dolar AS.

"Kita mempunyai syarikat janakuasa terbesar di negara asing seperti di Bangladesh dan Mesir. Kami juga mempunyai aset janakuasa di Abu Dhabi dan Pakistan dengan semua aset itu dalam dolar Amerika. Jadi kita ada kelebihan iaitu aliran tunai dalam dolar Amerika yang mempunyai nilai sama jika dilupuskan," katanya.

Ditanya adakah sentimen semasa akan menjejaskan keyakinan pelabur, Arul Kanda menjelaskan masalah tohmahan dan isu politik sememangnya merisaukan pelabur namun keadaan ekonomi juga penting dalam melaksanakan pelan-pelan rasionalisasi bagi mengurangkan beban hutang 1MDB.

"Aset 1MDB pada asasnya adalah kukuh dan kekukuhan itu menyakinkan pelabur. Kalau lihat ahli perniagaan dan pelabur, mereka fokus terhadap asas dan aset. Contohnya, Edra aliran tunainya lebih RM5 bilion setahun melalui penjanaan kuasa dan penjualan tenaga. Itu adalah aliran tunai yang dilihat jangka panjang sebagai mempunyai nilai," tambahnya.

Justeru cabaran utama 1MDB ketika ini adalah untuk menstabilkan kewangan syarikat dengan menyelesaikan hutangnya dan pada masa sama berharap dapat menjana pendapatan dan operasi serta keuntungan pada masa akan datang.

Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak berkata beban hutang syarikat 1MDB mampu dikurangkan dalam tempoh lima bulan akan datang secara berperingkat.

Menurut Perdana Menteri, isu hutang 1MDB telah disensasikan di media dan media sosial sehinggakan ia menjadi isu panas biarpun tiada kerugian yang dicatat syarikat pelaburan negara itu.


 Sumber

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.