Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, August 15, 2015

Utusan Menang Rayuan | LIM GUAN ENG DAP DIPERINTAH BAYAR RM50,000 !



PUTRAJAYA 14 Ogos - Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) menang dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengetepikan ganti rugi RM200,000 yang perlu dibayar kepada Lim Guan Eng atas dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Keputusan sebulat suara itu dicapai sebentar tadi oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohd. Zawawi Salleh yang bersidang bersama Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer dan Datuk Dr. Badariah Sahamid ketika membenarkan rayuan UMMB.Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut diperintah membayar kos guaman RM50,000 kepada syarikat akhbar ini. - UTUSAN ONLINE. 


Sebelum ini Lim Guan Eng telah diarahkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk membayar sebanyak RM500,000 kepada Ketua Pembangkang negeri, Datuk Jahara Hamid sebagai ganti rugi kerana menggelar beliau 'nenek rasis'.. BACA SINI




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.