Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, August 13, 2015

Malaysia 'berperang' dengan penjenayah siber ugut kerajaan, PM


Samada wujud kaitan langsung atau tidak, nampaknya kumpulan penjenayah siber ‘Anonymous Malaysia’ bersekonggol dengan pemimpin pembangkang yang mahu menimbulkan huru-hara di Malaysia menjelang hari Kemerdekaan negara 31 Ogos ini.
Penjenayah siber ini memuat naik video mahu mengancam Kerajaan Malaysia dan mengisytihar perang terhadap Perdana Menteri melalui Facebook rasmi kumpulan itu, pada 4 Ogos lalu.

Dalam video terbabit, kumpulan itu mengisytiharkan perang internet terhadap Kerajaan Malaysia dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan menjangkakan serangan akan berlaku pada 29 hingga 30 Ogos ini, bermula 6 petang hingga 5 petang keesokannya.

Kumpulan itu memberi amaran, serangan dibuat selaras dengan demonstrasi Bersih 4.0 yang dijangkakan berlaku pada tarikh sama.

Pada tarikh itu, kumpulan tersebut menamakan beberapa laman web yang akan dijadikan sasaran serangan termasuk portal rasmi Perdana Menteri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia selain 150 portal web yang terpilih.

Sementara itu, semua organisasi di bawah Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII) digesa agar memperkukuh sistem pertahanan siber komputer masing-masing menggunakan perisian terkini dan 'patch' keselamatan bagi melindungi daripada digodam oleh penjenayah siber.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Wilfred Madius Tangau berkata tindakan itu merupakan langkah untuk menaik taraf sistem komputer di setiap organisasi daripada serangan siber oleh sekumpulan penjenayah yang dikenali sebagai 'Anonymous'.

"Sebagai kementerian yang bertanggungjawab bagi memastikan ruang siber negara selamat dan terhindar daripada pelbagai ancaman atau serangan siber, MOSTI melalui CyberSecurity Malaysia dan MIMOS Berhad (MIMOS) terus berusaha dan secara proaktif dalam menangani isu-isu berkaitan keselamatan siber," katanya dalam kenyataan Selasa.

Dalam konteks siber, CyberSecurity Malaysia memberi perkhidmatan teknikal kepada 10 sektor CNII yang terdiri daripada sektor pertahanan dan keselamatan; perbankan dan kewangan; maklumat dan komunikasi; tenaga, air, pengangkutan, kesihatan, makanan dan pertanian serta perkhidmatan kerajaan dan perkhidmatan kecemasan sebagaimana termaktub dalam Dasar Keselamatan Siber Negara (NCSP).

"MIMOS sebagai agensi penyelidikan dan pembangunan ICT negara turut membangunkan teknologi keselamatan lebih maju dalam usaha melindungi infrastruktur IT di dalam sesebuah organisasi daripada serangan dalaman dan luaran serta bertujuan menjejak pergerakan dokumen atau maklumat yang dibocorkan," katanya.

Madius turut menekankan kepada pentadbir rangkaian komputer agar mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam mengendali sesebuah insiden ancaman siber yang dihadapi oleh organisasi mereka.

"Kepakaran boleh diperoleh melalui program-program latihan kepakaran yang ditawarkan oleh CyberSecurity Malaysia seperti latihan kepakaran dalam bidang forensik digital dan latihan kepakaran tindak balas keselamatan siber," katanya.

Orang ramai juga diminta untuk melaporkan insiden serangan siber kepada pihak berkuasa berkaitan atau Pusat Bantuan Cyber999 menerusi alamat email: cyber999@cybersecurity.my. 


2 comments :

Anonymous said...

Tak menghairankan MPA - kan kita tahu perangai BANGKAI BABI si PENDATANG KAPIRDAJAL TERORIS-TERORIS PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS- EJEN/KULI- CIA-NATO/ZIONIS-MOSSAD/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH- no 1!

Dan si Hebdo/Anoy. dll("FAKE LEFT") yg. amat ANTI-Islam/Katolik, yg. diPUJA si KULI falsafah "Demokrasi/Hak Asasi"-SAMPAH si Barat/ZIONIS-FREEMASON; memang jenis MEDIA BANGKAI BABI kepunyaan puak KANIBAL/PEDOPHILIA si ZIONIS-FREEMASON/NED-CIA/MOSSAD ! Lihat di -
http://www.foreignpolicyjournal.com/2015/01/27/charlie-hebdo-where-neocons-zionists-masons-and-communists-converge/ : (baca seluruh artikel utk. mengetahui tentang perkaitan HebdoBABI ni juga dgn. puak ‘FEMININIS’-Femen-yg. gila tayang buah dada –mcm-BINATANG BUAS yg. asyik serang MASJID/GEREJA KATOLIK,
dan puak Freemason yg. sebenaqnya diKUASAI Zionis – dan ‘tuhan’ depa adalah IBLIS [berlambangkan patung serupa kepala kambing bertanduk (Goat’s Head) dan separuh manusia/separuh binatang]!

Charlie Hebdo: Where Neocons, Zionists, Masons and Communists Converge

Charlie Hebdo, raising the banner of revolt, has always regurgitated precisely what the “system” required.

by Kerry R Bolton January 27, 2015

Liberal Double Standards

While pontificating about “free speech”, criticism of Israel was not tolerated, and any manifestation of the Nationalist Right was regarded as requiring state repression. Charlie Hebdo advocates the “liberalism” of the Jacobins, the argument of the guillotine, figuratively, if not literally. They try to titillate the “educated” classes of France with an illustration of Jesus sodomising God,[4] and other such puerilities on a weekly basis……

Charlie Hebdo was founded in February 1969 as the successor to Hara-Kiri magazine, founded in 1960. The first editor of CH was François Cavanna. He was succeeded in 1992 by Philippe Val who had relaunched CH in 1991 with Cavanna, Delfeil de Ton, and Georges Wolinski.

Wolinski, one of those killed on January 7, was a Tunisian-born Jew who co-founded the satirical magazine L’Enragé during the 1968 New Left revolt of the banal. Among subsequent journals, including editorship of Hari-kiri, he wrote for the Leftist newspaper Libération. As will be shown later, his cartoons were in particular use by the Communist newspaper L’Humanite. ….

Of the present brouhaha about “free speech” and the liberal values of France and indeed the entire “West,” Olivier Cyran, a former Charlie, perceptively commented in 2006 about the CH editor’s conception of freedom:

The trouble is that this right so abundantly spread by the director of Charlie Hebdo is only for himself and those who think like him. His former employees of Charlie know something: in case of divergence, the Enlightenment suddenly turns to despotism.[8]…....

Cyran gives the example of Philippe Corcuff, who was pushed out of CH for not supporting Islamophobia with sufficient zeal. In 2000 Mona Chollet was fired for objecting to Val’s reference to Palestinians as “uncivilized.”[9] Val also had his employees spied on to determine their loyalty.[10] It is all so very Liberal, Jacobin, Bolshevik, Zionist; take your pick. Cyran speaks with experience. He worked for CH during 1992-2001, but quit because of the dictatorial character and corrupt promotion practices of Val. In 2013 he wrote to the editor Charbonnaire (“Charb”) and to Fabrice Nicolino[11] that CH had made France “a nastier place to live.”[12]…… In 2006 Val co-signed a statement with Bernard Henri-Levy[13] and ten others, published in L’Express, stating:

After having overcome Fascism, Nazism and Stalinism, the world now faces a new global threat of a totalitarian nature: Islamism……

U.S. Support

Hence, the National Endowment for Democracy (NED), the globalist version of the Comintern, but far more subversive, issued “a statement of solidarity with the people of France.”[22]……..

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Mereka akan menyalahkan kerajaan jika berlaku huru hara... tetapi merekalah yg melakukannya. Jika apa2 berlaku pd mereka .... merela sebenarnya yg menzalimi diri mereka sendiri.

Segelintir melaung3kan mereka menegakkan kebenaran... tetapi prndekatan mereka didorong emosi dan agenda peribadi... tidak ade kesabaran.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.