Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, August 21, 2015

Sumber Wang Derma Dap Jutaan Ringgit Didedahkan.

IMG_1149-0.jpg


DAP pun terima wang derma dari luar negara.. tapi mereka sorok dan tidak pernah dedahkan.

Wang mereka dapat cukup banyak seperti mana yang didedahkan oleh Mohamed Razali masakan tidak mereka mampu membeli banggunan dalam tempoh yang amat singkat.

Kempen pilihanraya Dap juga amat hebat dengan lori “Ubah” dan juga material percetakan dan elektronik serba mewah dan mahal.

Seperti yang semua orang tahu Tokong Dap tidak pernah bercakap benar.. jika ada penafian perlu diperiksa pasti ada belitnya..

Pokok pangkal 1MDB tak rugi.. tuduhan kononnya Najib gelapkan duit 1MDB pun tak benar..

Sekarang bila fitnah mereka gagal buktikan didevertkan pula Najib terima wang derma dari timur tengah..

Mana satu ni? 


KENYATAAN Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa parti itu tidak pernah menerima satu sen pun dana asing sejak penubuhannya dalam portal Malaysia Kini hari ini memang meragukan. Hal ini kerana terdapat percanggahan maklumat dengan kenyataan bekas orang kanan DAP, Mohamed Razali Bin Abd Rahman yang mendakwa DAP sememangnya menerima dana dari negara luar sejak dari tahun 2008 lagi. 
DAP terlalu berahsia tentang dana politik yang diperoleh mereka sedangkan banyak dana politik mereka datang dari negara-negara eropah, seperti Belanda, Sweden, United Kingdom selain Australia, Amerika Syarikat, seingat saya dalam 7-8 negara” Ujar Mohamed Razali. 
Mohamed Razali berkata DAP tidak menggunakan akaun parti sendiri tetapi menggunakan proksi untuk menyalurkan dana politik tersebut supaya tidak dapat dikesan Bank Negara dengan mudah. 
“Mereka menyalurkan wang tersebut secara sedikit demi sedikit agar sukar dikesan dan proksi tersebut tahu bila masa yang sesuai dan selamat untuk memasukkan wang tersebut.” 
Dengan menggunakan proksi, memang sukar untuk mengesan sebarang perkaitan antara mereka. Patutlah Kit Siang begitu berani berkata jika DAP telah menerima hanya satu ringgit pun dana asing, mereka akan dituduh sebagai ejen dan alat kuasa asing. 
Mohamed Razali berkata beliau sendiri terkejut melihat orang asing yang tidak pernah dilihat sebelum ini tiba-tiba muncul di ibu pejabat DAP pada 2008. 
Tiba-tiba selepas 2008 DAP menjadi sebuah parti yang mempunyai kewangan yang terlalu kukuh, contohnya DAP hanya memerlukan dua tahun bagi membina bangunan ibu-pejabat negeri di Pulau Pinang, sedangkan Gerakan dulu ambil masa 12 tahun untuk bina ibu pejabat mereka .” katanya dalam satu temubual. 
Ibarat paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih, Kit Siang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan jumlah dana asing yang diterima oleh Umno dan BN semasa kempen pilihan raya umum lepas namun dana DAP sendiri dari luar negara dinafikan bermati-matian. Dimana keikhlasan DAP? Seterusnya

 “bohonglah kalau dia tak makan..”

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.