BANGKOK:
Bom motosikal yang meletup berdekatan kuil Hindu di sini menyebabkan 27 orang
terkorban termasuk pelancong asing dalam serangan yang disifatkan kerajaan
sebagai percubaan untuk melumpuhkan ekonomi, lapor media tempatan.
Tiada
pihak yang mengaku bertanggungjawab setakat ini atas kejadian di kuil Erawan di
tengah bandar di sini. Tentera Thailand sedang berdepan tentangan daripada
penduduk Islam di wilayah selatan negara berkenaan tetapi mereka (penduduk
Islam) jarang melancarkan serangan di luar kawasan mereka.
ANGGOTA
polis menyiasat di lokasi selepas letupan menyebabkan 27 orang terkorban
termasuk pelancong asing di Bangkok, Thailand. - Foto AP
"Penyerang
berniat melumpuhkan ekonomi dan pelancongan kerana letupan berlaku di tengah
tempat tumpuan pelancong," kata Menteri Pertahanan, Prawit Wongsuwan
kepada Reuters. Kuil Erawan yang terletak di kawasan sibuk berdekatan hotel
terkemuka, pusat membeli-belah, pejabat dan hospital adalah tarikan utama di
kalangan pelancong dari Asia Timur termasuk China.
Ramai
warga tempatan juga ramai mengunjungi rumah ibadat berkenaan. Sementara itu,
dua warga China dan seorang dari Filipina adalah antara yang terkorban. Media
tempatan melaporkan 27 orang maut iaitu 10 lelaki dan 17 wanita. Polis berkata,
78 orang pula mengalami kecederaan dan kebanyakan mereka adalah dari China dan
Taiwan. - Reuters SERANGAN yang disifatkan kerajaan sebagai percubaan untuk
melumpuhkan ekonomi, lapor media tempatan. - Foto AFP Sumber
No comments :
Post a Comment