Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, August 14, 2015

BELAJAR TAK TINGGI MANA NAK JADI PAKAR EKONOMI | NIAT JAHAT CETUSKAN PANIK SITUASI RINGGIT JATUH



Kemunculan pakar ekonomi 'segera' dalam media sosial yang mengaitkan kejatuhan nilai ringgit dengan situasi politik semasa telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat, menurut seorang ahli akademik.
Prof Razli Che Razak, ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Pengurusan, Majlis Profesional Negara, berkata penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bukan berpunca daripada kemelut politik negara.

Sebaliknya, katanya, kejatuhan nilai mata wang ringgit dalam pasaran dunia disebabkan kejatuhan harga minyak mentah dunia serta peranan pemain dalam pasaran tukaran matawang.

"Sekarang ini, banyak orang dalam dunia siber menjadi pakar ekonomi 'segera' yang menyebarkan kerisauan mengenai nilai ringgit tanpa berdasarkan fakta sebenar," katanya.

Ketidaktentuan nilai matawang berlaku terhadap semua negara yang berdagang dengan dolar Amerika Syarikat seperti Australia dan New Zealand, katanya.

Pendaftar Universiti Malaysia Kelantan itu berkata yang memburukkan keadaan kini apabila pakar ekonomi 'segera' tidak bertauliah ini mengambil kesempatan mengaitkannya dengan keyakinan terhadap politik negara.

Sementara itu, pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Syed Azizi Wafa Syed Khalid Wafa berkata bagi membendung spekulasi yang boleh menjejaskan imej kerajaan, pihak berkenaan seperti Bank Negara harus memberi penerangan sehingga ke peringkat akar umbi.

"Penerangan berdasarkan fakta harus diberi untuk menenangkan kekhuatiran orang ramai dan menghentikan spekulasi tidak tentu hala yang dikeluarkan," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan peniaga akan menaikkan harga barangan walaupun ia tiada kaitan dengan import.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir berkata tiada khabar angin mengatakan harga barangan terutama yang diimport akan naik ekoran situasi mata wang kini.

"Saya lihat peniaga menjual barangan mereka dengan harga biasa dan ada juga yang menjual murah kerana menghabiskan stok yang ada," katanya.

Namun beliau meminta peniaga supaya berurus niaga dengan negara yang menggunakan mata wang rendah supaya barangan tidak dijual dengan harga tinggi.


Pada 5 petang, mata wang ringgit ditutup rendah pada RM4.04 berbanding dolar AS daripada RM3.96 semalam

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.